Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lagi kereta plat Singapura dipecah masuk di Johor Bahru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi kereta plat Singapura dipecah masuk di Johor Bahru

Apr 04, 2024 | 08:05 PM



Beriadah ke Johor Bahru menjadi lumrah bagi sebahagian besar warga Singapura yang ingin memanfaatkan nilai pertukaran Ringgit yang lemah berbanding Dolar Singapura.

Namun, kegiatan riadah tersebut bertukar ngeri buat salah sebuah keluarga asal Singapura setelah kereta mereka dipecah masuk.

Menukil laporan The Straits Times (ST), kereta milik warga Singapura yang hanya ingin dikenali sebagai Rino dipecah masuk selepas meletak keretanya di pasar Pandan pada 2 April.


Menurutnya, mereka sekeluarga ingin berbelanja di pasar borong Pandan pada 12 tengah malam pada hari tersebut.

Sekitar 50 minit selepas mereka kembali ke tempat letak kereta, beliau sedar bahawa pintu kaca bahagian pemandu sudah dipecahkan.

Laporan ST menjelaskan satu bag yang mengandungi lesen mengendali kren, wang tunai RM100 ($28), jam tangan bijak dan beberapa kunci rumah dikatakan lesap.

Bag tersebut diletakkan di bawah tempat duduk pemandu, menukil laporan ST daripada laporan polis yang dibuat selepas kejadian.

‘Rino’ berkata anggaran untuk menggantikan cermin pintu terbabit adalah sekitar $500.

“Kami berada di sana buat seketika untuk beli baju. Saya rasa saya kurang bernasib baik kali ini,” kata pemandu kereta terbabit berusia 47 tahun itu.

Beliau menambah kamera cermin depan kereta tidak dapat merakam apa-apa kerana ia telah dimatikan dan beliau akan menyerahkan perkara ini kepada polis tempatan untuk menjalankan siasatan.

Ini merupakan pertama kali ‘Rino’ mengalami kejadian pecah masuk sedemikian sejak ‘keluar-masuk’ Johor sekitar 20 tahun.

Dalam satu video melalui akaun TikTok beliau @whatever4193 yang dimuat naik pada 2 April, beliau menasihatkan orang ramai untuk berwaspada apabila ke kawasan Pandan.


Beliau turut menjelaskan kejadian ini tidak melunturkan rancangannya untuk mengunjungi Johor lagi, lebih-lebih lagi bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Ini merupakan kali kedua kejadian pecah masuk kereta dilaporkan di media sosial sejak tiga minggu kebelakangan ini.

Pada 18 Mac, pengguna TikTok @Zackabadi671 melaporkan kereta pengguna itu dipecah masuk ketika meletak kereta di bazar Ramadan terbesar di Johor, S’MART Pandan.


Video sepanjang 23 saat itu menunjukkan pintu cermin depan kereta berkecai. Ia juga memaparkan keadaan dalaman kereta selepas kejadian itu – dalam kereta terbabit kelihatan kosong dan telah digeledah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >