Laluan seni baru tampilkan enam karya bangku oleh artis Singapura
Laluan seni baru tampilkan enam karya bangku oleh artis Singapura
Aug 2, 2023 | 4:49 PM
LALUAN SENI DI BANDAR: Karya seni dilancarkan pada 2 Ogos 2023 dan berlangsung hingga 31 Julai 2026. - Foto AHL
LALUAN SENI DI BANDAR: Sebuah laluan seni awam akan dilancarkan di Kawasan Pusat Bandar terdiri daripada bangku-bangku yang direka oleh enam seniman berpangkalan di Singapura - Foto AHL
Sebuah laluan seni awam akan dilancarkan di Kawasan Pusat Bandar pada 2 Ogos 2023 dan berlangsung hingga 31 Julai 2026.
Laluan ini terdiri daripada bangku-bangku yang direka oleh enam seniman berpangkalan di Singapura iaitu Lua Boon Kai, Joyce Beetuan Koh, Immanuel Koh, Yang Jie, Jeffrey Tan, dan Jason Wee.
Pengunjung boleh menjangka dapat menyelami sejarah dan kepentingan budaya lokasi. Mereka juga akan menikmati karya seni di laluan tersebut.
Bangku pertama terletak di hadapan Bangunan Annexe The Arts House hingga di Esplanade, berdekatan dengan Jubilee Bridge. Untuk maklumat lanjut, layari https://artshouselimited.sg/civic-district .
Laporan berkaitan
Pesta Malam S’pura imbas sejarah 700 tahun kota pelabuhanJul 18, 2023 | 6:15 PM
Selami dunia seni Van Gogh, belajar masak masakan Asia bersama!Jul 31, 2023 | 4:14 PM

