Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laman web, khidmat elektronik Cathay Cineplexes kembali beroperasi

May 21, 2024 | 6:14 PM
Pelanggan cawangan pawagam Cathay di AMK Hub diberi tiket tulisan tangan pada 30 April.
Pelanggan cawangan pawagam Cathay di AMK Hub diberi tiket tulisan tangan pada 30 April. - Foto ST

Laman web tempahan tiket, aplikasi dan kios layan diri elektronik Cathay Cineplexes kembali beroperasi, tiga minggu selepas rangkaian pawagam itu menghadapi gangguan server.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), jurucakap Cathay Cineplexes berkata laman web mereka kembali beroperasi pada 20 Mei.

“Kami amat berbesar hati untuk mengesahkan bahawa kami kini kembali dalam talian dan beroperasi sepenuhnya, dengan perkhidmatan biasa dan masa tayangan kami tersedia kepada pelanggan kami yang dihargai,” kata beliau.

Aplikasi dan kios layan diri juga beroperasi sepenuhnya pada 20 Mei.

Jurucakap itu pula tidak menjawab pertanyaan mengenai cara rangkaian pawagam itu menghuraikan gangguan tersebut.

ST sebelum ini melaporkan gangguan itu pada 30 April setelah pelanggan pawagam di AMK Hub diberi tiket tulisan tangan dengan nama, masa tayangan filem dan nombor dewan mereka.

Ini disebabkan gangguan server menghalang pelanggan menempah tiket secara dalam talian atau membeli tiket di kios layan diri di pawagam.

Tebusan baucar dan tiket promosi juga tersekat, dan hanya bayaran secara tunai dan Nets diterima di pawagam Cathay.

Rangkaian pawagam itu menyiarkan di wadah-wadah media sosial mereka pada 30 April yang mereka hanya menerima bayaran tunai sahaja.

Seorang pesara, Encik Petrus Tan, 63 tahun, yang sering menggunakan aplikasi itu untuk melihat masa tayangan filem dan keluaran filem baru, tetapi membeli tiket konsesi untuk warga emas di pawagam, berkata beliau kecewa tidak dapat merancang filem yang hendak ditonton.

Encik Tan, yang pergi ke pawagam sekali seminggu, menambah bahawa beliau tidak membawa wang tunai untuk membayar tiket di pawagam Cathay itu, kerana perkhidmatan pembayaran tanpa tunai tidak beroperasi.

“Saya telah pergi ke Golden Village dan Shaw Theatres untuk tiga minggu sejak laman web Cathay tidak beroperasi,” kata beliau, sambil melahirkan rasa lega perkhidmatan Cathay Cineplexes akhirnya kembali beroperasi, memberinya satu lagi pilihan untuk pawagam.

Cathay Cineplexes mempunyai cawangan di Ang Mo Kio, Causeway Point (Woodlands), Downtown East (Pasir Ris), West Mall (Bukit Batok), Jem (Jurong East) dan Century Square (Tampines).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg