Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langgar 2 pejalan kaki di Geylang: Lelaki pandu tanpa lesen

Mar 25, 2024 | 5:28 PM
Pejalan kaki lelaki 51 tahun dan seorang wanita 32 tahun cedera dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar, kata polis.
Pejalan kaki lelaki 51 tahun dan seorang wanita 32 tahun cedera dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar, kata polis. - Foto tangkap layar SG ROAD VIGILANTE

Seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam kemalangan langgar lari di Geylang pada 23 Mac, yang menyebabkan dua pejalan kaki cedera, dikatakan telah memandu sebuah kereta tanpa lesen.

Zachary Chin Jia Le, 21 tahun, dihadapkan tujuh pertuduhan pada 25 Mac atas kesalahan, termasuk menyebabkan kecederaan parah kepada dua pejalan kaki ketika memandu kereta tanpa berwaspada atau berhati-hati.

Butiran mengenai kecederaan pejalan kaki itu tidak didedahkan di dokumen mahkamah, yang menyatakan bahawa Chin sebelum ini disabitkan dengan kesalahan trafik.

Pada Jun 2022, dia disabitkan dengan satu pertuduhan setiap satu kerana memandu tanpa lesen sah dan melakukan demikian tanpa berwaspada atau berhati-hati. Dokumen mahkamah tidak mendedahkan keputusan kes itu.

Dalam kes terkini, Chin dituduh memandu kereta tanpa lesen dan tanpa kebenaran pemilik yang tidak dinamakan di Sims Avenue menuju Sims Avenue East sebelum tengah malam pada 23 Mac.

Dia didakwa gagal memerhati dengan betul di hadapan, menyebabkan kereta itu melanggar seorang lelaki berusia 51 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun yang sedang menyeberang jalan raya.

Chin dikatakan gagal berhenti selepas kemalangan untuk membantu mereka, dan terus memandu.

Polis berkata bahawa pegawai Polis Trafik telah mengenal pasti identiti pemandu hasil pertanyaan dan rakaman video daripada kamera polis dan seorang saksi.

Pegawai polis menahan Chin pada 24 Mac.

Rakaman video kemalangan yang disiarkan di kumpulan Facebook SG Road Vigilante menunjukkan sebuah kereta merempuh dua pejalan kaki yang melintas jalan mengakibatkan mangsa tercampak.

Rakaman daripada kamera sebuah kereta lain menunjukkan kereta itu bergerak perlahan seketika dan terus beredar.

Kes Chin ditangguhkan pada 30 April.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan teruk kepada orang lain dengan memandu tanpa berwaspada atau berhati-hati, pesalah boleh dipenjara sehingga empat tahun dan denda sehingga $10,000.

Bagi memandu tanpa lesen, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga $10,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga enam tahun dan denda sehingga $20,00.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg