Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Nahas korban 4 beranak: Anak yatim piatu Attar Azim berazam gigih belajar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Nahas korban 4 beranak: Anak yatim piatu Attar Azim berazam gigih belajar

Mar 19, 2024 | 03:28 PM



TANJUNG MALIM (Perak): Budak lelaki yang kehilangan empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya akibat nahas di Kuala Krai, Kelantan, pada 2 Mac lalu, kembali memulakan persekolahan di tempat baru apabila mendaftar masuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Utara di sini, pada 19 Mac.

Meskipun lewat seminggu mendaftar masuk, namun anak yatim piatu, Attar Azim Syukran Jamil, 9 tahun, kelihatan ceria dan bersemangat ketika tiba di pintu masuk sekolah berkenaan seawal 7.20 pagi.

Dia yang mengenakan pakaian seragam berwarna biru, ditemani ibu saudara, Cik Umi Salwa Ab Hamid, 40 tahun, dan sepupunya, Fareez Uzair, 10 tahun.

Attar Azim berkata dia tidak sabar berkenalan dengan rakan baru dan berazam untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Attar rasa excited (teruja). Seronok nak jumpa kawan baru.

“Tak sabar nak jumpa kawan-kawan, tak sabar nak belajar,” katanya ketika ditemui pada 19 Mac, lapor Berita Harian Malaysia.


Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak darjah tiga itu akan bertukar sekolah dari SK Desa Pandan, Kuala Lumpur, ke SK Trolak Utara, Felda Trolak Utara.

Sementara itu, Cik Umi Salwa berkata segala urusan pertukaran sekolah anak saudaranya itu dipermudahkan dan telah selesai.

“Attar nampak seronok, cuma jangan terus sentuh emosinya, dia tak boleh lagi (lupakan kejadian kemalangan itu). Moga persekolahannya di sini baik-baik sahaja.

“Pagi tadi Attar bangun awal untuk sahur. Kemudian, saya siapkan keperluan sekolah Attar dan Fareez.

“Saya bekerja pada sebelah petang, jadi saya boleh hantar mereka pada pagi. Tamat waktu sekolah, abang saya (Nor Azam Ab Hamid, 45 tahun), yang bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah sama akan menjemput mereka,” katanya memaklumkan jarak kediaman keluarga ke sekolah berkenaan kira-kira 300 meter.

Pada 2 Mac lalu, media melaporkan nahas membabitkan dua kenderaan yang meragut nyawa empat beranak di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi di Kuala Krai, Kelantan.

Dalam nahas sekitar 1.40 tengah hari itu, Syukran Jamil Ab Hamid, 35 tahun, bersama isteri Noor Aishah Razali, 35 tahun, dan anak mereka, Lufya Adeena, 1 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala Ahya Rafiqi, 6 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra.

Attar Azim adalah satu-satunya penumpang yang terselamat dalam kenderaan dinaiki keluarga itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >