Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah antipenipuan bank henti kerugian $57.6j

Oct 24, 2023 | 8:56 PM
LANGKAH BERKESAN: Alat antiperisian hasad yang dilancarkan oleh bank baru-baru ini telah menghalang kerugian selanjutnya sekurang-kurangnya $18.6 juta, kata Persatuan Bank Singapura (ABS) dalam satu kenyataan pada Selasa.
LANGKAH BERKESAN: Alat antiperisian hasad yang dilancarkan oleh bank baru-baru ini telah menghalang kerugian selanjutnya sekurang-kurangnya $18.6 juta, kata Persatuan Bank Singapura (ABS) dalam satu kenyataan pada Selasa. - Foto fail

Usaha oleh bank runcit untuk memerangi penipuan telah menghentikan penipu daripada mendapatkan $57.6 juta daripada mangsa mereka dalam sembilan bulan pertama 2023, kata sebuah kumpulan industri perbankan.

Alat antiperisian hasad yang dilancarkan oleh bank baru-baru ini telah menghalang kerugian selanjutnya sekurang-kurangnya $18.6 juta, kata Persatuan Bank Singapura (ABS) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Walaupun ABS tidak menjelaskan secara terperinci, ia berkata kerugian telah dihalang selepas “kerjasama rapat antara ABS dan bank ahlinya, yang bekerjasama dengan pemerintah dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, untuk menentang penipuan”.

Menjawab persoalan sama ada mangsa boleh mendapatkan semula wang mereka, ABS berkata bank mengekalkan sebuah rangka kerja untuk membantu pelanggan yang menjadi mangsa penipuan.

Bank akan “berusaha untuk bertolak ansur” apabila menilai setiap kes dan mengambil kira betapa canggihnya penipuan dan keadaan kewangan pelanggan, tambah ABS.

Pengarah persatuan itu, Cik Ong-Ang Ai Boon, berkata bank komited untuk memainkan peranan mereka untuk melindungi pelanggan, tetapi kewaspadaan awam juga penting.

“Perjuangan menentang penipuan tidak pernah berakhir dan memerlukan gabungan usaha daripada pihak berkuasa, bank dan orang ramai secara amnya,” katanya.

ABS berkata bank akan terus memperkenalkan langkah antipenipuan agar setanding dengan taktik penipuan yang sentiasa berkembang dan kaedah yang semakin canggih digunakan oleh penipu untuk menyasarkan pelanggan.

Langkah-langkah ini mungkin menyebabkan kesulitan kepada pelanggan, tetapi adalah perlindungan yang diperlukan dan membantu mengekalkan keyakinan dalam perkhidmatan perbankan digital, tambahnya.

Sebagai contoh, langkah keselamatan yang diperkenalkan oleh OCBC pada aplikasi perbankannya pada Ogos menyekat akses kepada perkhidmatan perbankan Internet bank dengan kehadiran aplikasi yang mencurigakan, tetapi langkah itu pada mulanya mendapat kritikan daripada pengguna yang mengadu tentang kesulitan itu.

Lebih 1,400 orang menjadi mangsa penipuan perisian hasad antara Januari dan Ogos, dengan jumlah kerugian sekurang-kurangnya $20.6 juta.

Statistik polis menunjukkan bahawa pada Julai dan Ogos sahaja, terdapat 650 mangsa, hampir sebanyak dalam enam bulan pertama 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg