Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Langkah keselamatan di Chinatown sempena Tahun Baru Cina

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah keselamatan di Chinatown sempena Tahun Baru Cina

Jan 19, 2024 | 03:59 PM



Langkah keselamatan yang dipertingkatkan dan penutupan jalan raya juga dilaksanakan di Chinatown memandangkan jangkaan orang ramai yang bakal mengunjungi bazar Tahun Baru Cina yang akan diadakan sehingga 9 Februari, menjelang Tahun Baru Cina.

Pegawai polis, polis bantuan dan pegawai keselamatan akan mula ditempatkan pada 19 Januari, petang.

Ini agar menjamin keselamatan orang ramai, kata pihak polis.

Lencongan jalan untuk memasuki kawasan bazar mungkin dilaksanakan demi keselamatan orang ramai. Kawasan yang tertentu juga mungkin ditutup sekiranya jumlah had keselamatan orang ramai dicapai.

Polis menasihatkan orang ramai supaya bersabar dan mematuhi arahan pegawai polis. Mereka tidak seharusnya cuba memaksa masuk ke kawasan yang sesak atau tertutup.

Temple Street akan ditutup kepada lalu lintas kenderaan pada waktu yang tertentu, mulai 19 Januari. Waktu tersebut berikut:

– Isnin hingga Khamis, dari 4 petang hingga 11 malam

– Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 2 petang hingga 11.59 malam

– 9 Februari (malam Tahun Baru Cina), dari 2 petang hingga 1.30 pagi pada keesokan harinya

Hanya kenderaan polis dan kecemasan akan diberi akses pada masa tersebut. Pegawai polis bantuan akan dikerahkan untuk membantu dan mengarahkan pemandu.

Sekatan tempat letak kereta juga akan dikuatkuasakan dengan tegas. Kenderaan yang didapati parkir dan menyebabkan halangan akan ditunda.


Memandangkan stesen MRT Chinatown, yang berada di Laluan Timur Laut (NEL) dan Downtown, dijangka sesak, penumpang dinasihatkan agar mempertimbangkan penggunaan stesen MRT Maxwell, yang merupakan alternatif terdekat di Laluan Thomson-East Coast.

Mereka yang berhasrat untuk melawat Chinatown antara 2 dengan 4 Februari boleh melihat dalam masa nyata betapa sesaknya kawasan itu menerusi peta Crowd@Chinatown di https://go.gov.sg/crowd-at-chinatown mulai 6 petang pada tarikh tersebut.


Pihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga barang-barang mereka dan berwaspada terhadap pencabul dan penyeluk saku disebabkan kawasan yang sesak ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang sebarang kegiatan atau orang mencurigakan boleh menghubungi talian Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di 1800-2626-473, atau talian polis 999, atau SMS ke 71999, atau layari laman www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >