Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31

5 rugi $167,000 dek ditipu dalam kes ‘jualan promosi’ Tahun Baru Cina

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 rugi $167,000 dek ditipu dalam kes ‘jualan promosi’ Tahun Baru Cina

Jan 17, 2024 | 07:11 PM



Sekurang-kurangnya lima orang alami kerugian lebih $167,000 sejak September 2023 melalui iklan penipuan di Facebook atau Instagram, kata polis.

Dalam banyak kes yang melibatkan penipuan sedemikian, mangsa mengklik iklan di laman media sosial yang promosikan penjualan barangan Tahun Baru Cina (CNY).

Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 17 Januari, apabila pembeli yang berminat mengklik iklan ini, mereka dialihkan ke platform pengiriman mesej seperti WhatsApp, Facebook atau Instagram untuk berkomunikasi dengan ‘penjual’.

Mangsa kemudian diarah memuat turun Kit Pakej Android (APK) yang mengandungi perisian hasad dengan berselindung untuk membuat pesanan.

Setelah APK dimuat naik, yang memberi akses aplikasi kepada perkhidmatan telefon tertentu, mangsa diarah memasukkan huraian perbankan mereka untuk membuat pembayaran bagi barangan tersebut.

Tanpa diketahui mangsa, ini membolehkan penipu mengakses peranti mereka dari jauh dan mencuri maklumat sensitif, yang membawa kepada urus niaga tanpa izin daripada akaun bank mereka.

Polis juga mengeluarkan nasihat menggesa orang ramai supaya berwaspada dan mengesyorkan pengguna menggunakan ScamShield dan aplikasi anti-virus terkini untuk mengesan perisian hasad.

Pengguna juga dinasihat supaya mengemas kini sistem pengendalian peranti dan aplikasi dengan kerap menggunakan sistem operasi keselamatan terkini.

Untuk mengesahkan kesahihan jualan dalam talian, polis menasihatkan pengguna supaya menyemak tanda-tanda penipuan dengan sumber rasmi, seperti WhatsApp ScamShield, talian bantuan Anti-Scam, atau tapak laman Amaran Penipuan.

Hanya aplikasi rasmi seperti Google Play boleh dimuat turun dan pengguna harus meneliti penyenaraian aplikasi untuk mendapatkan maklumat mengenai pembangun, nombor muat turun dan ulasan pengguna.

Sekiranya individu telah memuat turun aplikasi yang mencurigakan atau mengesyaki telefon mereka mengandungi perisian hasad, mereka harus segera menukar peranti mereka kepada mod penerbangan, menjalankan imbasan anti-virus dan menyemak urus niaga yang tidak dibenarkan pada peranti lain.

Mereka juga disyor melaporkan sebarang kegiatan penipuan kepada bank, pihak berkuasa yang berkaitan dan polis.

Polis menekankan bahawa usaha membanteras penipuan adalah usaha kolektif dan menyeru masyarakat supaya melaporkan sebarang maklumat berkaitan atau perkara mencurigakan kepada talian segera polis atau melalui platform dalam talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan dan langkah pencegahan, orang ramai boleh menghubungi talian segera polis di 1800-255-0000 atau hubungi talian bantuan Anti-Scam di 1800-722-6688.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >