Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Langkah keselamatan diperketat di kemudahan urus sisa NEA selepas letupan loji Tuas 2021

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah keselamatan diperketat di kemudahan urus sisa NEA selepas letupan loji Tuas 2021

Jan 09, 2024 | 07:16 PM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah memperkukuh lagi amalan dan budaya keselamatan di tempat kerja susulan letupan di Loji Pembakaran Sampah Tuas pada 2021, yang mengorbankan dua pegawainya dan mencederakan seorang, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 9 Januari.

Ini termasuk penambahbaikan operasi di kemudahan pengurusan sampah serta memperkukuh amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di peringkat organisasi, berdasarkan garis panduan dan amalan terbaik yang ditetapkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHC). 

Dalam kenyataan menteri yang disampaikan di Parlimen, Cik Fu turut berkata bahawa satu jawatankuasa risiko baru telah dibentuk oleh NEA sebagai sebahagian usaha untuk terus mengukuhkan tadbir urus risikonya.

Pada 23 September 2021, tiga pegawai kanan NEA daripada Cawangan Penyelenggaraan Elektrik telah dihantar untuk menyiasat masalah kerosakan pada loji pembakaran selepas bilik kawalan loji itu gagal mematikan kipas industri dari jauh.

Letupan berlaku berhampiran suis, menyebabkan kematian dua pegawai tersebut – Encik Kwok Yeow Wai dan Encik Wee Eng Leng – manakala pegawai ketiga, Encik Low Yin Choon, mengalami kelecuran tahap ketiga, dan sejak itu telah pulih dan kembali bekerja.

Menyusuli kejadian itu, NEA dan dua pegawai kanannya menghadapi dakwaan berhubung kesalahan keselamatan di tempat kerja. 

Kedua-dua pegawai kanan yang didakwa telah ditempatkan semula kepada peranan bukan operasi, kata Cik Fu.

Menjawab soalan yang difailkan oleh Encik Melvin Yong (GRC Tanjong Pagar) dan Cik Poh Li San (GRC Sembawang) berhubung langkah yang diambil untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja, Cik Fu berkata panel penyiasat dalaman NEA telah mencadangkan agar sistem kerja loji dan proses yang melibatkan kerja voltan tinggi diperkukuhkan lagi. 

Meskipun tidak dapat memberikan butiran khusus mengenai usulan tersebut disebabkan prosiding mahkamah yang sedang berjalan, beliau berkata kesemua cadangan itu telah diterima oleh pengurusan kanan NEA dan telah dilaksanakan di Loji Pembakaran Sampah Tuas South, satu-satunya loji pembakaran sampah yang dikendalikannya kini.

Cadangan tersebut juga dikongsi dengan loji pembakaran sampah yang dikendalikan secara swasta, untuk proses semakan keselamatan mereka sendiri, dan pengendali ini telah menerima cadangan itu, tambahnya.

Selain itu, NEA sedang menjalankan semakan terhadap operasi kemudahan pengurusan sampahnya, termasuk Tapak Pelupusan Semakau.

“Ini adalah sebahagian daripada set semakan operasi yang lebih luas untuk mengukuhkan kecemerlangan operasi, keselamatan dan daya tahan. Ini memastikan NEA dapat bertindak dengan berkesan kepada perubahan dalam persekitaran operasi,” kata Cik Fu.

Sebagai sebahagian semakan itu, NEA telah melantik panel penasihat luar, yang terdiri daripada pemimpin kanan industri yang mempunyai pengalaman menguruskan kemudahan dan operasi yang besar, untuk membantu memperkukuhkan operasi dan keselamatan di kemudahan pengurusan sampahnya. 

NEA juga sedang mendapatkan pengesahan pihak luar terhadap amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerjanya melalui audit akhir tahun ini.

Lembaganya telah disusun semula pada 2023 bagi menyertakan sebuah jawatankuasa risiko khusus.

“Letupan setempat di Loji Pembakaran Sampah Tuas pada 2021 merupakan satu babak yang memilukan bagi NEA dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE). 

“Seperti yang telah saya nyatakan dalam kenyataan saya, NEA telah melaksanakan langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berlaku.

“Secara lebih meluas, sebagai sebahagian perjalanan penambahbaikan berterusan, NEA telah memperkukuh amalan kesihatan dan keselamatan tempat kerja di kemudahan pengurusan sampahnya serta di seluruh organisasi,” ujar Cik Fu.

Sementara itu, isu lain yang dibincangkan di Parlimen pada 9 Januari termasuk kesan alam sekitar disebabkan projek penambakan laut besar-besaran berhampiran pantai East Coast bagi pembentukan ‘Long Island’. 

Anggota Parlimen juga membangkitkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya pelanggaran had penghunian berikutan pengumuman langkah melonggarkan peraturan bagi menyewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan hartanah kediaman swasta. 

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengusul pindaan terhadap Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) demi memperuntuk penubuhan wakaf, antaranya untuk memperjelas peranan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam membentuk dan melaksanakan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >