Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

NEA, 2 kakitangan didakwa bagi kes letupan Loji Pembakaran Sampah Tuas pada 2021

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA, 2 kakitangan didakwa bagi kes letupan Loji Pembakaran Sampah Tuas pada 2021

Dec 26, 2023 | 04:31 PM



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan dua kakitangannya menghadapi dakwaan berhubung kesalahan keselamatan di tempat kerja bagi kes letupan di Loji Pembakaran Sampah Tuas (TIP) pada 2021, yang menyebabkan dua pegawai NEA maut manakala seorang lagi cedera.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 26 Disember, tuduhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) telah dikenakan ke atas NEA dan dua pekerjanya, Ng Wah Yong dan Christopher Lee Yew Binn.

Letupan itu berlaku pada 23 September 2021 kira-kira 12 tengah hari, apabila bilik kawalan di TIP tidak dapat mematikan kipas industri dari jauh.

Tiga pegawai NEA, Encik Kwok Yeow Wai, Encik Wee Eng Leng dan Encik Low Yin Choon, ditugaskan untuk menyiasat.

Mereka berada di dalam bilik suis elektrik apabila letupan itu berlaku.

Seorang pegawai disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pegawai kedua meninggal dunia tiga hari kemudian. Encik Low dihantar ke hospital akibat kelecuran dan kemudian dibenarkan pulang.

Mengikut kertas pertuduhan, NEA tidak memastikan sistem permit-to-work (ataupun sistem pengurusan dalam industri berbahaya untuk memastikan kerja dilakukan dengan selamat dan cekap) yang dilaksanakan untuk kerja menyambung atau memutuskan sambungan pemutus litar di dalam alat suis elektrik, mematuhi peraturan.

Agensi itu juga didakwa gagal melaksanakan langkah kawalan dengan secukupnya dan mewujudkan prosedur kerja yang selamat.

Ng didakwa gagal memastikan sistem permit-to-work mematuhi peraturan manakala Lee didakwa meluluskan sistem permit-to-work walaupun ia tidak mematuhi peraturan.


Dalam satu kenyataan media selepas didakwa, NEA berkata ia akan mengkaji tuduhan itu dengan peguam belanya.

Lee dan Ng masih bertugas bersama NEA, dan telah ditempatkan semula kepada peranan bukan operasi sementara menunggu keputusan prosiding.

NEA berkata kematian dua pegawainya “sangat dirasai oleh masyarakat NEA”, dan menambah bahawa pegawai yang cedera telah pulih dan kembali bekerja.

“NEA telah bekerjasama sepenuhnya dengan MOM semasa siasatan ke atas kejadian itu. Memandangkan perkara itu kini di hadapan mahkamah, kami tidak dapat mengulas lebih lanjut,” tambahnya.

TIP telah menamatkan operasinya pada 2022. Ia diganti dengan loji baru, TuasOne.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, akan membuat kenyataan menteri mengenai insiden itu dan pertuduhan tersebut dalam sidang Parlimen akan datang.

Kes itu akan didengar semula di mahkamah pada 20 Februari 2024.

Jika disabit kesalahan, NEA boleh didenda sehingga $500,000.

Lee dan Ng boleh didenda sehingga $30,000 atau penjara sehingga dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >