Premium
Langkah praktikal tangani isu penjaga dua generasi
Jan 4, 2026 | 5:30 AM
Health District @ Queenstown membuka hab penglibatan masyarakat pertama untuk merangka bersama masa depan yang lebih sihat bersama penduduk di 40 Margaret Drive. - Foto ST
Kajian Health District@Queenstown, sebuah hab kesihatan masyarakat, yang meneliti pengalaman penjaga yang terhimpit antara dua generasi, atau sandwiched caregivers, dalam kalangan wanita Melayu daripada keluarga berpendapatan rendah telah mengenal pasti beberapa cadangan campur tangan yang praktikal.
Ini sejajar dengan usaha lebih luas yang sedang dijalankan bersama pelbagai rakan masyarakat seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Lions Befrienders, NTUC Health dan pasukan Blended Care, menurut pengkaji laporan ‘Tanggungjawab Bertindih – Keperluan dan Cabaran Wanita Melayu Menjaga Tanggungan yang Lebih Muda dan Lebih Tua dalam Isi Rumah Berpendapatan Rendah’.
Laporan berkaitan
Derita tersembunyi wanita Melayu sebagai penjaga terhimpit antara dua generasi Jan 4, 2026 | 5:30 AM
Kerjaya hilang, tetapi pilih untuk terus menjagaJan 4, 2026 | 5:30 AM

