Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Laporan awal: Sehingga 80% pembeli tidak guna beg plastik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laporan awal: Sehingga 80% pembeli tidak guna beg plastik

Jan 10, 2024 | 02:23 PM



Orang ramai kini memilih tidak menggunakan beg plastik pasar raya dalam bulan pertama caj dikenakan bagi beg sedemikian, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Laporan awal daripada beberapa pengendali pasar raya menunjukkan pengurangan sebanyak 50 peratus hingga 80 peratus dalam bilangan pengguna beg pakai buang, berbanding tempoh yang sama pada 2022, kata NEA.

Caj mandatori sekurang-kurangnya lima sen bagi setiap beg pakai buang bermula pada 3 Julai 2023 melibatkan sekitar 400 pasar raya, yang membentuk dua pertiga daripada semua pasar raya di sini.

Ini termasuk FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime.

FairPrice, dan Kumpulan Runcit DFI – yang mengurus cawangan Giant, Cold Storage, CS Fresh, Guardian dan 7-Eleven – berkata mereka telah melihat peningkatan dalam bilangan pelanggan dengan beg guna semula mereka sendiri.

Memandangkan objektif utama NEA dalam melaksanakan caj untuk beg plastik adalah untuk mendorong tingkah laku dan menggalakkan orang ramai untuk lebih peka terhadap penggunaan barang pakai buang, Profesor Madya Md Saidul Islam dari Sekolah Alam Sekitar Asia di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melihat pengurangan penggunaan beg plastik sebagai satu kejayaan, “kerana ia menunjukkan bahawa orang ramai mula mengubah tabiat mereka”.

Walaupun caj telah dilaksanakan sejak Julai lalu, seorang pembeli Cik Rokiah Salam, 39 tahun berkata beliau sudah terbiasa membawa beg sendiri dan tidak terjejas dengan caj yang dikenakan.

“Sebelum caj dikenakan pun saya sudah terbiasa dengan membawa beg sendiri kerana saya ada banyak beg kain guna-semula yang boleh dilipat kecil dan dibawa ke mana-mana…”

Kebanyakan pembeli yang masih menggunakan plastik beg pasar raya berkata mereka gunakannya untuk membungkus sampah. Seorang lagi pembeli, Cik Iman Ismail, 50 tahun yang membawa beg guna semula sendiri berkongsi:

“Untuk membuang sampah, sekarang saya beli satu gulung beg plastik, ia lebih murah dari caj 5 sen bagi setiap beg yang dikenakan. Saya tidak ada pilihan lain untuk itu,” katanya yang juga ingin melihat pengurangan penggunaan plastik beg yang mencemar alam.

Profesor Islam berkata: “Adalah penting untuk diingat bahawa mengubah tingkah laku dan minda memerlukan masa, dan pengurangan penggunaan beg plastik adalah petanda positif bahawa orang ramai semakin sedar tentang alam sekitar.

“Untuk mengekalkan kesan positif caj beg, adalah penting bahawa dasar itu kekal berkesan dari masa ke semasa. Semakan tetap, penguatkuasaan dasar dan penyesuaian kepada perubahan tingkah laku pengguna adalah perlu untuk memastikan kejayaan berterusan.”​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >