Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Lari ke M’sia selepas kemalangan maut di Jurong: Pemandu lori didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lari ke M’sia selepas kemalangan maut di Jurong: Pemandu lori didakwa

Mar 16, 2024 | 05:46 PM



Pemandu lori yang didakwa terlibat dalam kemalangan langgar lari hingga mengorbankan seorang pejalan kaki di Jurong pada Ogos 2023 telah ditangkap di Malaysia, dan didakwa di mahkamah Singapura pada 16 Mac.

Safuan Tehda, seorang warga Malaysia berusia 35 tahun, menghadapi satu tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Menurut kertas pertuduhan, Safuan didakwa sedang memandu lori sekitar 9.30 pagi pada 25 Ogos 2023 apabila dia melanggar Encik Goh Eng Loo di persimpangan Jurong West Avenue 2 dan Bulim Avenue.

Safuan tidak berhenti dan memberi laluan di lintasan zebra ketika Encik Goh sedang melintas.

Polis berkata dalam satu kenyataan pada 15 Mac bahawa Encik Goh, 57 tahun, telah dibawa ke hospital dalam keadaan sedar sebelum meninggal dunia.

Safuan tidak berhenti untuk membantu Encik Goh mahupun melaporkan kemalangan itu kepada polis dalam tempoh 24 jam, kata polis.

Sebaliknya, dia segera melarikan diri ke Malaysia.

Menerusi bukti yang termasuk rakaman video daripada saksi dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), pegawai Polis Trafik (TP) serta Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dapat mengenal pasti pemandu dan nombor pendaftaran kenderaan lori itu pada hari yang sama.

Safuan ditangkap di Malaysia pada 14 Mac, lebih enam bulan selepas kemalangan itu.

Mahkamah Negara di Singapura telah mengeluarkan waran untuk menangkapnya.

Safuan kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 15 Mac.

Menurut rekod mahkamah, Safuan memberitahu mahkamah dia mahu mengaku bersalah.

Kesnya akan dibicarakan lagi pada 25 Mac.

Jika sabit kesalahan, Safuan boleh dipenjara antara dua dengan lapan tahun, serta tidak dibenarkan memandu selama 10 tahun.

Safuan adalah pemandu kedua yang didakwa pada 2024, yang telah melarikan diri ke Malaysia selepas kemalangan yang menyebabkan maut di Singapura.

Komander TP, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Daniel Tan, berkata polis Singapura menghargai bantuan Polis Diraja Malaysia dan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa ke muka pengadilan pemandu yang melakukan kesalahan trafik yang serius dan kemudian meninggalkan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >