Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Latar belakang anak titipan tidak tentukan masa depan mereka

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latar belakang anak titipan tidak tentukan masa depan mereka

Dec 24, 2023 | 05:30 AM



Keluarga titipan dapat memberi kanak-kanak jagaan yang baik dan selamat, dan akan memberi kanak-kanak tersebut peluang untuk membesar dalam kasih sayang sebuah keluarga. 

Jika dibandingkan suasana keluarga titipan dengan suasana rumah tumpangan kebajikan kanak-kanak, sudah tentu perhatian yang lebih tertumpu dapat diberi keluarga titipan.

Demikian yang dikongsi pekerja sosial kanan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Oasis, Cik Intrisaridewi Ali, 36 tahun, mengenai keperluan ibu bapa titipan dalam masyarakat Melayu/Islam kita. 

Katanya lagi, antara sebab seseorang itu menjadi kanak-kanak titipan termasuk mereka yang didera, ditinggalkan atau terbiar. 

Ada ramai lagi kanak-kanak yang sedang menantikan keluarga titipan untuk menjaga mereka ekoran peningkatan berterusan dalam penjagaan titipan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

PPIS Oasis merupakan pusat agensi titipan ketiga di Singapura yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017.

Namun, sebelum membuat keputusan untuk menjadi ibu bapa titipan, pasangan suami isteri mesti benar-benar mempunyai komitmen kuat untuk menjaga kanak-kanak. Ibu bapa titipan yang sesuai adalah mereka yang penyabar dan memahami bahawa kanak-kanak mempunyai latar belakang, personaliti dan kelakuan yang berbeza. 

Kata Cik Intrisaridewi, “Ibu bapa titipan yang ideal adalah mereka yang berfikiran fleksibel dan ingin mencuba strategi berbeza apabila berhadapan masalah, kerana dengan kanak-kanak titipan, tidak selalunya strategi yang digunakan ibu bapa terhadap anak kandung mereka adalah strategi yang paling berkesan. Ia merupakan proses percubaan. Kerana itu, ibu bapa titipan yang sesuai juga adalah mereka yang tidak mudah putus asa.”

Katanya lagi, ia juga penting untuk pasangan tersebut membincang keputusan ini dengan semua ahli keluarga termasuk anak-anak sendiri, kerana menjaga anak titipan melibatkan kerjasama semua ahli keluarga.

Sekiranya pasangan suami isteri setuju menjadi ibu bapa titipan, mereka juga mesti bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang bakal timbul semasa menjaga anak titipan. 

Menurut Cik Intrisaridewi, anak titipan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kelurga titipan. Justeru, tugasnya sebagai pekerja sosial adalah untuk menasihatkan ibu bapa titipan supaya menyesuaikan ‘expectation’ atau jangkaan mereka terhadap anak titipan. 

“Anak titipan mungkin akan berasa bimbang kerana berada di sekitaran berbeza. Mereka juga mungkin akan berasa teragak-agak untuk mempunyai kepercayaan kepada keluarga titipan mereka.

“Kadang-kala seorang anak titipan pada mulanya tidak dapat sesuaikan diri dengan keluarga titipannya ini meskipun ibu bapa titipan menerimanya dengan penuh semangat dan telah pun membuat beberapa persiapan di rumah. 

“Saya akan bantu sarankan strategi berbeza supaya anak titipan tersebut boleh sesuaikan diri. Proses ini memerlukan kesabaran dan keyakinan,” kata Cik Intrisaridewi. 

Beliau mengingatkan bahawa setiap anak titipan itu memerlukan pendekatan berbeza. Yang penting ialah ibu bapa titipan itu tidak menilai mereka dari rupa dan keadaan.

Antara pengalaman terkesan Cik Intrisaridewi sebagai pekerja sosial kepada keluarga dan anak titipan ialah apabila beliau melihat perubahan positif pada anak titipan itu, terutamanya apabila pada mulanya mereka hadapi pelbagai cabaran seperti kelakuan negatif akibat trauma yang dialami. 

Katanya lagi, ia juga membuktikan bahawa latar belakang atau pengalaman silam kanak-kanak tersebut tidak menentukan masa depan mereka.

Satu lagi pengalaman yang memberangsangkan adalah apabila beliau lihat kanak-kanak titipan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada keluarga titipan mereka kerana memberi jagaan dan bimbingan yang baik. 

Menurut Cik Intrisaridewi, mereka dapat memahami bahawa walaupun keluarga titipan adalah keluarga sementara; kasih sayang, nasihat dan pelajaran yang ditimba daripada keluarga titipan mereka akan memberi impak yang positif dalam diri mereka. 

“Setiap kali melihat kanak-kanak tersebut menerima ibu bapa titipan mereka dengan wajah gembira, pastinya itu membuat saya tumpang gembira,” kata Cik Intrisaridewi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >