Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Latihan Pertahanan Mutlak seluruh pulau pertama pada Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan Pertahanan Mutlak seluruh pulau pertama pada Feb

Jan 22, 2024 | 10:04 PM



Latihan Pertahanan Mutlak atau Total Defence seluruh pulau pertama akan diadakan pada Februari untuk meningkatkan kesediaan rakyat Singapura bagi menghadapi sebarang krisis dan gangguan.


Ia adalah antara beberapa acara yang diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak pada 2024.

Dari 15 hingga 29 Februari, Exercise SG Ready akan mensimulasikan serangan ke atas Singapura menggunakan pelbagai ancaman keselamatan hibrid daripada seorang penceroboh tanpa nama yang melancarkan serangan siber, kempen maklumat palsu dan dron terhadap pelbagai sasaran.


Serangan itu akan mengakibatkan ‘gangguan’ kepada bekalan elektrik, air atau makanan di semua sekolah pada 15 dan 16 Februari.

Bekalan makanan dan air kecemasan akan disediakan pada tempoh tersebut.

Kemudahan masyarakat serta bangunan komersial dan pemerintah juga akan mengadakan simulasi gangguan sebagai sebahagian daripada latihan selama dua minggu itu.

Gangguan itu termasuk, pemberhentian sementara kemudahan eskalator dan pendingin hawa pada beberapa hari.

Sementara itu, sebanyak 20 bangunan awam terkemuka, seperti Treasury, Mahkamah Agung, Muzium Lembaga Warisan Negara, Teater Esplanade dan Pusat Konvensyen Suntec, pula akan mematikan lampu fasad mereka untuk mensimulasikan gangguan elektrik ekoran satu serangan siber pada sistem janakuasa.

Secara keseluruhan, kira-kira 500 bangunan pendidikan, masyarakat, komersial dan pemerintah akan terlibat dalam latihan itu.

Pelaksanaan latihan itu merupakan hasil maklum balas pelbagai agensi pemerintah dan rakan kongsi mengenai keperluan mendidik rakyat Singapura tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku krisis.

Demikian menurut Timbalan Setiausaha (Dasar) di Kementerian Pertahanan (Mindef), Brigedier Jeneral (BG), Encik Kelvin Fan, pada 22 Januari, semasa pelancaran acara ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak (TD40).

“Ia adalah untuk meningkatkan kesediaan, daya tahan dan perpaduan rakyat Singapura apabila berlaku krisis” di tengah-tengah “keadaan yang tidak stabil, tidak menentu, dan bergolak yang kian meningkat di dunia,” tambah BG Fan, yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur TD40.

Beliau menyenaraikan perubahan iklim, serangan siber dan gangguan rantaian bekalan sebagai beberapa cabaran yang dihadapi dunia.

Agensi pemerintah Nexus, yang bertanggungjawab ke atas Pertahanan Mutlak dan Pendidikan Nasional, melancarkan video senario latihan untuk menetapkan konteks bagi gangguan simulasi yang bakal berlaku semasa latihan selama dua minggu itu.

Maklumat lanjut mengenai lokasi dan tarikh gangguan simulasi untuk Latihan SG Ready boleh didapatkan dengan mengunjungi laman web SGReadygowhere.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >