Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pasukan perubatan SAF rawat mangsa perang Gaza di Mesir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan perubatan SAF rawat mangsa perang Gaza di Mesir

Jan 22, 2024 | 05:57 PM



Dua kakitangan daripada pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dihantar ke Mesir telah mula merawat mangsa peperangan di Gaza, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan media pada 22 Januari.

Pasangan itu - Leftenan Kolonel (Dr) Nazirul Hannan Abdul Aziz, pakar dalam perubatan kecemasan dan Pakar Tentera 3 (ME3) Jimmy Woo Ying Ming, pakar perubatan tentera dengan pengkhususan jururawat bilik pembedahan dan kejururawatan - tiba pada 18 Januari.

Mereka menyediakan bantuan perubatan bagi merawat mangsa Gaza di Pelabuhan El-Arish di Mesir atas kapal FS Dixmude, sebuah dok helikopter pendaratan Angkatan Bersenjata Perancis (FAF), yang mempunyai kemudahan hospital moden, kata Mindef.


Dalam satu kiriman Facebook pada 22 Januari, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata bahawa LTC Nazirul dan ME3 Woo mula bekerja sebaik sahaja tiba di Mesir.

LTC Nazirul berkata menerusi kenyataan Mindef berkata mereka telah bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan FAF dalam menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan, termasuk mewujudkan keadaan kesihatan stabil yang awal dan pengurusan luka.

“Kami bersyukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada usaha yang lebih besar dalam menyokong bantuan kemanusiaan untuk Gaza,” kata beliau.

Sejak bermulanya perang Israel-Hamas, lebih 25,000 orang, kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, terbunuh di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan yang dikawal Hamas di wilayah itu pada 21 Januari.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menolak syarat yang dikemukakan Hamas untuk menamatkan perang dan membebaskan tebusan serta pengunduran sepenuhnya Israel dan membiarkan Hamas berkuasa di Gaza, menurut laporan agensi berita Reuters.

“Sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan kami, Hamas menuntut tamatnya perang, penarikan pasukan kami dari Gaza, pembebasan semua pembunuh dan perogol,” kata Encik Netanyahu dalam satu kenyataan sambil menyatakan beliau menolak syarat yang Hamas tetapkan itu.

Di bawah perjanjian yang diuruskan pada akhir November oleh Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir, lebih 100 daripada sekitar 240 tebusan yang ditawan di Israel semasa serangan militan Hamas pada 7 Oktober, telah dibebaskan sebagai pertukaran untuk pembebasan 240 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Sejak perjanjian itu berakhir, Encik Netanyahu menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mendapatkan pembebasan 136 tebusan yang masih ditahan Hamas.

Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang menuntut dalam satu kenyataan bahawa Encik Netanyahu “dengan jelas menyatakan bahawa kami tidak akan meninggalkan orang awam, tentera, dan orang lain yang ditawan dalam serangan Hamas pada Oktober”.


“Kita mesti memajukan perjanjian itu sekarang. Jika perdana menteri memutuskan untuk mengorbankan tebusan, beliau harus menunjukkan kepimpinan dan jujur berkongsi kedudukannya dengan orang awam Israel.”


Encik Netanyahu mengambil sikap lebih keras dalam isu kenegaraan Palestin berbanding sebelum ini.


“Saya tidak akan berkompromi dengan kawalan keselamatan penuh Israel ke atas semua wilayah di barat Sungai Jordan,” katanya.


Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada 19 Januari berkata bahawa beliau telah bercakap dengan Encik Netanyahu mengenai kemungkinan penyelesaian untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka, mencadangkan satu laluan yang boleh melibatkan pemerintah bukan tentera.

Namun Encik Netanyahu menolak kenyataan Encik Biden mengenai kenegaraan Palestin selepas perang menentang Hamas di Gaza berakhir.

Dalam kenyataan pada 21 Januari, Encik Netanyahu mengulangi beliau akan mendesak “kawalan keselamatan penuh Israel ke atas semua wilayah barat Jordan.”


Encik Netanyahu berkata bahawa beliau hadapi tekanan antarabangsa dan dalaman untuk mengubah kedudukan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >