Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 120 tahun bantu golongan memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN DANA AMANAH MUSLIMIN (MTFA)

Lebih 120 tahun bantu golongan memerlukan

MTFA sambut ulang tahun lebih sekurun pada 2024; kekal giat
pertingkat mutu perkhidmatan
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Badan Islam setempat, Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) menyambut ulang tahunnya yang ke-120 tahun pada 2024 ini.

Ditubuhkan dan diiktiraf pada tahun 1904, MTFA merupakan badan bantuan Islam yang tertua di Singapura.

Penubuhan MTFA bertujuan meringankan beban golongan memerlukan dari segi bantuan kewangan, perumahan bagi anak yatim, biasiswa pendidikan, bantuan perubatan serta khidmat pengebumian percuma.

MTFA ditubuhkan atas dasar misi tujuh pengasas yang ingin membela nasib golongan yang susah dan anak-anak yatim di Singapura.

Antaranya, persatuan ini telah menubuhkan rumah anak-anak yatim Darul Ihsan pada tahun 1962, menyediakan ruang yang selamat untuk anak-anak yatim membesar dan dididik dengan sempurna.

Pada tahun 1980 pula, Darul Ihsan Lilbanat ditubuhkan untuk memberi peruntukan yang sama bagi anak-anak yatim perempuan.

Presiden MTFA, Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah, menekankan prinsip MTFA adalah mahu menyebarkan bantuan yang menyeluruh serta komprehensif kepada yang memerlukan.

“MTFA wujud untuk memberi sokongan menyeluruh kepada masyarakat kita. Hanya dengan meluaskan khidmat yang disediakan barulah kita boleh bantu lebih ramai lagi golongan yang memerlukan.

“Daripada hanya Darul Ihsan, kini MTFA juga menawarkan khidmat dialisis bersubsidi di Ihsan Kidney Care (IKC) dan khidmat pengurusan jenazah melalui Ihsan Casket,” jelas Encik Abdul Rahman.

Ternyata menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi bagi golongan memerlukan bukanlah suatu perkara yang mudah.

“Kami amat komited dalam segala perkhidmatan yang kami sediakan. Ihsan atau kesempurnaan dalam melakukan kebaikan merupakan tunjang kami di MTFA.

“Dalam usaha ini, kami juga melakukan audit tahunan bagi mendapatkan sijil pengesahan mutu perkhidmatan di MTFA,” tambah Encik Abdul Rahman.

Usaha terkini MTFA adalah untuk menubuhkan dua lagi pusat dialisis yang menyediakan rawatan dialisis bersubsidi bagi pesakit yang kurang berkemampuan. Dua pusat ini bakal terletak di kawasan Yishun dan Henderson.

Bagi mengumpul dana untuk pusat-pusat baru ini, MTFA telah bergabung dengan beberapa masjid di serata Singapura dan menyediakan tabung IKC di masjid-masjid tersebut.

MTFA mengalu-alukan sumbangan orang ramai. Derma yang dikumpul akan disalurkan kepada Darul Ihsan, Ihsan Kidney Care dan usaha-usaha lain yang didukungnya.

“Ramadan ini, ayuh bersama kita merebut peluang mengeratkan ikatan persaudaraan dan terus mengukuhkan komitmen kita dalam memupuk keihsanan, kebaikan serta terus beramal dan membuat kebaikan.

“Ini juga selari dengan tema Ramadan, iaitu Menghayati keteguhan dalam sifat Ihsan atau Istiqamah dalam Keihsanan – yang membawa erti pengekalan sikap konsisten (dalam) melakukan kebaikan dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

“Daripada pihak Majlis Pengurusan MTFA, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Kareem kepada semua.

“Semoga Allah swt menerima segala amalan ibadah kita pada bulan yang mulia ini,” jelas Encik Abdul Rahman lagi.


HULUR SUMBANGAN


Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas atau derma, boleh melungsuri laman www.mtfa.org atau ke kaunter pejabat MTFA di bangunan Rumah Anak-Anak Yatim Darul Ihsan di 5 Mattar Road, Singapura 387713.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >