Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 13,400 flat cecah MOP pada 2026

Dec 28, 2025 | 4:32 PM
Singapore, HDB, MOP
Perumahan estet Punggol Northshore Residences II. Punggol dijangka mempunyai bekalan flat Tempoh Penginapan Minimum (MOP) terbesar sebanyak 3,222 unit merentasi lima projek pada 2026. - Foto ST

Sebanyak 13,480 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dijangka akan memenuhi Tempoh Penginapan Minimum (MOP) pada 2026.

Kebanyakan flat tersebut terletak di Punggol, Queenstown dan Tampines.

Angka tersebut hampir dua kali ganda berbanding 6,970 unit yang memenuhi MOP mereka pada 2025.

Menurut para penganalisis hartanah, ia boleh meredakan kenaikan harga flat jualan semula dengan menangani permintaan untuk perumahan.

Flat-flat tersebut terletak dalam sebanyak 22 projek di 14 kawasan, tambah mereka.

Menurut data penganalisis, Punggol dijangka mempunyai bekalan flat jualan semula tertinggi dengan 3,222 flat MOP dalam lima projek – kebanyakannya terletak di kejiranan Punggol Northshore.

Ini diikuti dengan Queenstown yang mempunyai 2,405 unit di Dawson, lapor The Straits Times.

Di Tampines, kebanyakan daripada 2,133 unit MOP terletak di Tampines North, manakala Toa Payoh juga dijangkakan akan mempunyai 1,594 flat MOP di estet Bidadari yang baru.

Flat jualan semula di Dawson dan Bidadari kerap tersenarai antara urus niaga flat bernilai sejuta dolar.

Flat di kawasan Dawson mencatat antara harga tertinggi setakat ini.

Daripada flat yang dijadual mencapai MOP pada 2026, sebanyak 5,909 merupakan flat empat bilik dan 2,711 unit ialah flat lima bilik.

Selain itu, terdapat 2,299 flat dua bilik dan 2,561 unit flat tiga bilik.

Bekalan tersebut, bersama aliran berterusan flat Bina Ikut Tempahan (BTO), Penjualan Baki Flat (SBF) serta perumahan swasta, berpotensi memenuhi permintaan perumahan, kata ketua penyelidik dan pakar strategi di Kumpulan Realion (OrangeTee & ETC), Cik Christine Sun.

Dengan lebih ramai penjual dijangka menyenaraikan flat mereka untuk dijual sebaik sahaja mencapai MOP, harga jualan semula flat HDB berkemungkinan menghadapi “sedikit tekanan menurun… yang akan membantu meredakan lonjakan harga yang ketara”, katanya.

Ketua pegawai eksekutif ERA Singapore, Encik Eugene Lim, percaya kesan tersebut mungkin lebih ketara di kawasan yang mendapat permintaan tinggi seperti Bidadari dan Dawson, di mana sejumlah besar flat akan mencapai MOP mereka.

Daripada 6,974 flat yang mencapai MOP pada 2025, tiga daripada setiap 10 flat terletak di kawasan popular seperti Toa Payoh dan Queenstown, yang masing-masing merupakan lokasi bagi Bidadari dan Dawson.

Memandangkan kawasan-kawasan tersebut lazimnya mencatat harga jualan semula yang lebih tinggi, keadaan ini telah menyebabkan 638 flat empat bilik di dua estet tersebut dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta.

Enam flat tiga bilik juga melepasi harga $900,000 setakat 26 Disember.

Pada Jun, sebuah unit loteng (loft) lima bilik berkeluasan 1,313 kaki persegi di SkyTerrace @ Dawson bertukar tangan pada harga $1.659 juta, menjadikannya urus niaga jualan semula HDB paling mahal pada 2025 sejauh ini.

Manakala pada April, sebuah flat tiga bilik berkeluasan 710 kaki persegi di SkyParc @ Dawson mencatatkan harga jualan semula tertinggi bagi unit seumpamanya setakat ini, iaitu $935,000.

Encik Lim berkata:

“Bekalan flat yang mencapai MOP pada 2026 berkemungkinan menyebabkan pertumbuhan harga secara keseluruhan menjadi lebih perlahan susulan bekalan yang lebih besar, walaupun permintaan kekal kukuh.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg