Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih 1.5j isi rumah raih satu atau lebih program peningkatan estet HDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1.5j isi rumah raih satu atau lebih program peningkatan estet HDB

Feb 12, 2024 | 01:05 PM



Lebih 1.5 juta isi rumah di Singapura telah meraih manfaat daripada satu atau lebih program peningkatan dan pembaharuan estet sehingga lewat 2023, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 12 Februari. 

Jumlah ini termasuk kira-kira 362,000 flat, yang telah selesai menjalani kerja-kerja peningkatan di bawah Program Peningkatan Rumah (HIP).

HIP, yang dilaksanakan sejak 2007, bertujuan menangani isu penyelenggaraan biasa seperti konkrit menyerpih dan kebocoran siling di flat yang sudah tua. 

HIP pada mulanya ditawarkan kepada sekitar 320,000 flat yang layak dan dilanjutkan ke 230,000 flat lagi pada 2018.

HDB menambah bahawa lagi 45,000 flat masih menjalani HIP sehingga 31 Disember 2023.

Sementara itu, hampir 290,000 isi rumah telah menambah baik keselamatan dan keselesaan di flat mereka menerusi program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (Ease) sehingga Disember 2023, kongsi HDB.

Program itu, yang diperkenalkan pada 2012, menyediakan khidmat penambahbaikan mesra warga tua seperti memasang palang pemegang dan rawatan kalis gelincir untuk jubin lantai dalam flat untuk meningkatkan pergerakan penduduk warga emas.

Akses dan kemudahan di semua blok HDB juga dipertingkatkan di bawah Program Peningkatan Lif (LUP), dengan sekitar 99 peratus daripada kira-kira 500,000 isi rumah yang tinggal di lebih 5,100 blok HDB kini mempunyai akses lif langsung pada setiap tingkat, kata lembaga itu. Program itu bermula pada 2001.

Sejak 2007, persekitaran hidup 166,000 isi rumah juga dipertingkat melalui Program Pembaharuan Kejiranan (NRP), tambah HDB.

Program itu, yang dibiaya sepenuhnya oleh pemerintah, memberi tumpuan kepada penambahbaikan blok dan kawasan, seperti ruang tempat duduk yang lebih baik di kolong blok, taman permainan dan landskap yang dinaik taraf, serta astaka dan laluan berbumbung baru.

Selain menyediakan program peningkatan, HDB juga memastikan estetnya dapat memupuk masyarakat aktif dan padu dengan menerapkan lebih ruang seperti taman dan tempat duduk untuk menggalak penduduk berinteraksi bersama jiran mereka.

Sehingga kini, lebih 9,700 penduduk telah terlibat dalam mereka bentuk bersama 20 ruang awam di seluruh estet perumahan, kata HDB.

Setiap tahun, kira-kira 2,500 sukarelawan turut bekerjasama dengan HDB dalam menggalakkan semangat kejiranan, memulakan projek dan aktiviti untuk menambah kemeriahan ruang masyarakat dan memudahkan perbualan tentang kerja-kerja penambahbaikan kejiranan, tambah lembaga itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >