Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 2,000 individu daftar untuk periksa TB di Jalan Bukit Merah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 2,000 individu daftar untuk periksa TB di Jalan Bukit Merah

Jan 11, 2024 | 08:27 PM



Lebih 1,500 orang, mewakili kira-kira 93 peratus penduduk yang layak, telah mendaftar untuk saringan ujian wajib batuk kering atau tuberkulosis (TB) di Jalan Bukit Merah yang bermula pada 11 Januari dan akan berakhir pada 15 Januari.

Sekitar 500 individu lagi telah mendaftar untuk pemeriksaan sukarela.

Ini sebagai tindak balas kepada pelaksanaan saringan TB Kementerian Kesihatan (MOH) di kawasan itu, selepas 10 kes TB baru dikesan di sana.

Saringan adalah wajib bagi penduduk dan pekerja di blok 1 dan 3 di Jalan Bukit Merah; Pasar dan Pusat Makanan ABC Brickworks; dan Pusat Aktiviti Warga Emas Thong Kheng @ Queenstown kerana potensi risiko pendedahan mereka lebih tinggi, menurut MOH.

Pemeriksaan sukarela akan ditawarkan kepada mereka yang risiko pendedahannya lebih rendah, seperti mereka yang mengunjungi pasar dan pusat makanan, atau blok 1, 2 dan 3 selama lebih daripada 12 jam dalam sebulan antara November 2021 dan Januari 2024 serta bekas penduduk dan penyewa Blok 1 dan 3.

Sebuah khemah telah dipasang di tempat letak kereta terbuka di kawasan itu untuk pemeriksaan pekerja di pusat makanan dan pasar, manakala saringan dari rumah ke rumah dijalankan untuk penduduk dari 11 hingga 13 Januari.

10 kes baru itu dikesan antara Februari 2022 dan Julai 2023.

Analisis genetik yang dijalankan pada September 2023 mendedahkan kesemua 10 kes mempunyai susunan genetik yang sama seperti kelompok tujuh kes TB yang dikaitkan dengan Blok 2 Jalan Bukit Merah pada 2022.

Semua kes penyakit TB yang aktif telah dirawat dan tidak berjangkit.

Di stesen saringan pada Khamis, pengarah kumpulan penyakit berjangkit MOH, Profesor Vernon Lee, menekankan semula bahawa saringan itu diadakan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan dalam mengenal pasti sebarang kes TB yang mungkin tidak dapat dikesan. 

Dengan melakukan demikian, ia mencegah risiko penularan TB sejauh mungkin.

“TB adalah penyakit yang boleh diubati jika dirawat awal. Justeru, kita ingin mengenal pasti sebarang kes, merawatnya lebih awal dan mencegah penularan TB,” katanya.

Penduduk akan mendapat SMS memaklumkan keputusan ujian dalam masa satu hingga dua minggu. Mereka yang positif ujian darah akan menerima panggilan, meminta mereka untuk menjalani pemeriksaan X-ray dada di stesen saringan yang sama pada Januari.

Sebelum ini, MOH berkata pihaknya menjangkakan untuk menapis kira-kira 3,000 individu dalam pelaksanaan ini.

Terdapat dua keadaan berkaitan TB. Mereka yang mempunyai jangkitan TB laten tidak menunjukkan gejala TB dan tidak berjangkit. Golongan ini mungkin tidak akan mengalami penyakit TB.

Bagaimanapun, sesetengah orang yang mempunyai jangkitan laten, terutamanya mereka yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah, mungkin mengalami penyakit TB aktif, jika bakteria TB dalam badan mereka menjadi aktif dan membiak.

Menurut Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID), kira-kira 10 peratus daripada mereka yang mempunyai jangkitan TB laten akan mengalami penyakit TB aktif sepanjang hayat mereka, tetapi risikonya paling tinggi dalam dua tahun pertama selepas dijangkiti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >