Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih 24,400 flat dilancar pada 2023, masa menunggu dikurang: HDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 24,400 flat dilancar pada 2023, masa menunggu dikurang: HDB

Dec 11, 2023 | 08:52 PM



Sejumlah 24,447 flat telah dilancarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 2023.

Jumlah itu terdiri daripada 22,780 flat Bina Ikut Tempahan (BTO), 1,500 flat yang ditawarkan di bawah Jualan Baki Flat (SBF) serta 167 flat menerusi tempahan terbuka, kata HDB dalam satu kenyataan pada 11 Disember.

HDB menambah bahawa tempoh menunggu bagi flat HDB juga telah kembali pada tahap prapandemik.

Hampir 70 peratus flat yang dilancarkan pada 2023 mempunyai masa menunggu empat tahun atau kurang, manakala median masa menunggu bagi projek BTO pada tahun sama pula adalah tiga tahun dan 10 bulan.

HDB berkata: 

“Ini menunjukkan kembalinya kepada norma prapandemik dan peningkatan ketara daripada kemuncak pandemik, yang menyaksikan tempoh menunggu selama empat hingga lima tahun.

“Melangkah ke hadapan, HDB komited untuk menawarkan lebih banyak projek BTO dengan masa menunggu selama tiga hingga empat tahun, dan melancarkan lebih banyak flat dengan masa menunggu yang lebih singkat mulai 2024.” 

Dalam pada itu, HDB juga berkata bahawa sebahagian besar pemohon kali pertama dalam pelancaran BTO Disember 2023 akan “mempunyai peluang terjamin” untuk menempah flat mereka.

Sehingga 5 petang pada 11 Disember, median kadar permohonan untuk pemohon kali pertama bagi flat tiga bilik dan lebih besar adalah 0.8.

Latihan jualan BTO Disember 2023 akan ditutup pada 11.59 malam 11 Disember.

Kadar ini berkemungkinan naik sedikit menjelang akhir tempoh pelancaran pada tengah malam 11 Disember, tetapi dijangka setanding dengan pelancaran BTO Oktober 2023, dan berlegar pada 1, kata HDB.

Ia menambah bahawa kadar permohonan ini jauh lebih rendah daripada median kadar permohonan pemohon kali pertama untuk flat tiga bilik dan lebih besar semasa tahun pandemik, iaitu 2020 hingga 2022, yang berjulat antara 2.0 hingga 6.8.

Median kadar permohonan itu telah menurun sejak November 2022, iaitu 1.8, dan serupa dengan, atau lebih rendah daripada kadar permohonan pra-Covid, iaitu dari 2017 hingga 2019, pada kadar 1.1 hingga 3.7, katanya lagi.

HDB berkata sebahagian besar kadar permohonan pemohon kali pertama untuk flat tiga bilik dan lebih besar dalam lima projek BTO Disember 2023 adalah di bawah 1.

Lima projek itu adalah di Bedok, Bukit Merah, Bukit Panjang, Jurong West dan Queenstown.

“Kami amat menggalakkan pemohon untuk menempah flat apabila dipelawa berbuat demikian kerana kiraan tidak membuat pemilihan boleh menjejaskan permohonan BTO masa depan mereka,” kata HDB.

Bagaimanapun, tiga projek BTO lain yang dilancarkan pada Disember 2023 – dua di Woodlands and satu di Bishan – menarik kadar permohonan tinggi.

HDB berkata projek Bishan berada dalam estet matang, yang popular dalam kalangan pembeli, dan mempunyai masa menunggu kurang tiga tahun, manakala projek Woodlands, yang meskipun di estet bukan matang, terletak dekat stesen MRT dan memiliki pelbagai kemudahan.

“Kami terus menggesa pemohon flat dengan keperluan perumahan segera, memohon pada projek yang mempunyai kadar permohonan yang lebih rendah,” tambah HDB.

Lembaga itu juga berkata ia menawarkan kira-kira 4,100 flat di enam kawasan – Bedok, Queenstown, Chua Chu Kang, Hougang, Punggol dan Woodlands – pada Februari 2024. 

Mereka yang berminat mesti mempunyai surat Kelayakan Flat HDB (HFE) yang sah sebelum mereka memohon flat.

“Kami menggalakkan semua pembeli flat untuk memohon surat HFE lebih awal dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan sebelum 15 Januari 2024 jika mereka berminat untuk menyertai pelancaran jualan Februari 2024,” kata HDB.

Butiran lanjut mengenai bekalan flat untuk 2024 akan diumumkan nanti, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >