Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih $255j baucar CDC dibelanjakan, 95% isi rumah sudah tuntut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih $255j baucar CDC dibelanjakan, 95% isi rumah sudah tuntut

Feb 06, 2024 | 07:19 PM



Sebanyak 1.27 juta, atau 95 peratus, isi rumah warga Singapura, telah menuntut baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) 2024, dengan jumlah keseluruhan sebanyak $255 juta dibelanjakan penduduk sejak dilancar 3 Januari.

Sekitar $99 juta dibelanjakan pada peniaga dan penjaja yang mengambil bahagian, manakala baki $156 juta dibelanjakan di pasar raya, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, di Parlimen pada 6 Februari.

​Menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), Cik Low mengaitkan perkembangan itu dengan kempen promosi yang dilancarkan oleh pasar raya untuk menyokong semua isi rumah Singapura menggunakan baucar dalam membiayai perbelanjaan mereka.

Separuh daripada baucar bernilai $500 itu boleh digunakan di pasar raya, manakala separuh lagi boleh digunakan di gerai penjaja dan peniaga sekitar kawasan perumahan.

Isi rumah Singapura mempunyai sehingga 31 Disember 2024 untuk menebus dan membelanjakan baucar CDC mereka.

Cik Low turut memberikan kemas kini mengenai skim baucar CDC 2023 yang menurutnya menyaksikan jumlah tertinggi dan peratusan baucar CDC yang ditebus, berbanding pusingan agihan sebelumnya.

Pada 2023, baucar bernilai $300 telah diberikan kepada setiap isi rumah, manakala $100 diagihkan pada 2021 dan 2022.

Sehingga 31 Disember 2023, sekitar 1.27 juta isi rumah Singapura atau 97.7 peratus telah menebus baucar CDC 2023, menurut Cik Low.

Daripada jumlah baucar yang ditebus, lebih $360 juta atau 96.5 peratus, dibelanjakan pada penjaja, peniaga dan pasar raya yang mengambil bahagian.

“Ia adalah kadar tertinggi tetapi kami sentiasa berusaha menambah baik... kami amat bersyukur kerana skim CDC telah digunakan secara meluas (dan) diterima baik oleh isi rumah Singapura,” kata Cik Low.

Beliau juga berkongsi bahawa orang ramai boleh mendermakan baucar CDC yang tidak digunakan kepada lebih banyak badan amal, dengan bilangan badan amal telah meningkat daripada 270 apabila skim itu bermula pada 2022, kepada 327 pada 6 Februari 2024.

Bagi baucar CDC 2021 dan 2022, sebanyak 9,880 isi rumah menderma hampir $1.19 juta kepada 245 badan amal.

​Tiga sektor badan amal teratas yang menerima jumlah sumbangan tertinggi ialah badan amal berkaitan penjagaan kesihatan, badan amal keluarga dan kanak-kanak, serta badan amal belia dan kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >