Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice lanjut promosi $8 jika belanja $80 baucar CDC

Jan 17, 2024 | 2:25 PM
TANGANI KOS SARA HIDUP: Promosi baucar $8 dilanjutkan selama seminggu agar lebih ramai pelanggan dapat mengimbangi perbelanjaan harian mereka.
TANGANI KOS SARA HIDUP: Promosi baucar $8 dilanjutkan selama seminggu agar lebih ramai pelanggan dapat mengimbangi perbelanjaan harian mereka. - Foto ST

Pasar raya FairPrice akan terus memberi baucar $8 bagi setiap baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $80 yang digunakan dalam satu urus niaga di cawangannya sehingga 24 Januari.

Promosi itu dilanjutkan selama seminggu untuk membantu lebih ramai pelanggan dalam perbelanjaan harian mereka, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada 17 Januari.

Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice, Encik Vipul Chawla, berkata pihaknya melihat “permintaan amat besar” berkait promosi baucar yang disediakan pihaknya dalam dua tempoh minggu yang lalu.

Baucar itu boleh digunakan pada hari selepas ia dikeluarkan sehingga 29 Februari. Ia tidak mempunyai sebarang syarat perbelanjaan minimum dan lebih daripada satu baucar boleh digunakan dalam satu urus niaga.

Dilancarkan pada 3 Januari, Skim Baucar CDC 2024 menyediakan setiap isi rumah Singapura dengan baucar sebanyak $500, dengan separuh boleh dibelanjakan di pasar raya dan separuh lagi di pusat penjaja dan kedai di estet perumahan awam yang turut serta.

Daya usaha itu akan memberi manfaat kepada seramai 1.27 juta isi rumah Singapura dan bernilai $635 juta, lapor The Straits Times

Sekurang-kurangnya tiga rangkaian pasar raya lain yang turut serta menawarkan baucar pemulangan atau tawaran lain untuk mereka yang menggunakan jumlah baucar CDC yang minimum bagi setiap urus niaga.

Pasar raya U Stars menawarkan baucar pemulangan $7 untuk mereka yang belanjakan $60 baucar CDC mereka antara 3 dengan 17 Januari serta baucar pemulangan $15 untuk mereka yang belanjakan baucar $120.

Baucar ini boleh digunakan sehingga 31 Januari.

DFI Retail Group pula memberi baucar tunai sebanyak $5 kepada pelanggan yang membelanjakan baucar CDC bernilai $100 di Cold Storage, CS Fresh dan Jason’s Deli dari 3 hingga 7 Januari.

Di pasar raya Giant pula, pelanggan yang membelanjakan baucar CDC bernilai $100 dari 3 hingga 7 Januari layak untuk mendapatkan beg beras seberat 2.5kg.

Pada November 2023, FairPrice mengumumkan bahawa ia akan menyerap kenaikan 1 peratus GST bagi 500 barangan keperluan harian bagi enam bulan pertama 2024.

Produk itu termasuk buah dan sayur segar, daging, produk kertas, detergen dan pembersih isi rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg