Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 280 peserta sertai acara jalan kaki sokong pesakit barah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 280 peserta sertai acara jalan kaki sokong pesakit barah

Jan 14, 2024 | 04:51 PM



Lebih 280 individu daripada segenap lapisan usia menyertai Persatuan Ain dalam acara berjalan kaki yang bertujuan menyokong pesakit barah, World Cancer Walk 2024, pada 14 Januari.

Persatuan Ain mewakili Singapura dalam acara global itu, yang melibatkan lebih 100 bandar dari serata dunia.

Acara yang bermula pada 10 pagi itu bermula di stesen MRT Stadium dan berakhir di Marina Barrage.

Acara itu bukan hanya bertujuan menggambarkan perpaduan bersama pesakit barah, malah memberi penghormatan kepada pesakit barah di seluruh dunia.

Tetamu terhormat acara ialah Penasihat Perubatan Persatuan Ain, Profesor Fatimah Lateef, yang juga Perunding Kanan Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Besar Singapura (SGH).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, berkata:

“Persatuan Ain berbesar hati diundang mewakili Singapura dalam usaha memberikan sokongan kepada semua pesakit barah, penjaga dan keluarga mereka.

“Saya berharap acara ini dapat meningkat kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai penyakit barah dengan lebih mendalam dan mengumpul dana untuk pesakit barah sedunia.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >