Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anak beranak naik motosikal ke Pontian buat kerja amal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak beranak naik motosikal ke Pontian buat kerja amal

Jan 09, 2024 | 03:23 PM



Seorang bapa dan tiga anaknya, termasuk seorang anak perempuan, menunggang motosikal masing-masing dari Singapura hingga ke Pontian untuk melakukan kerja amal bersama sekumpulan penunggang motosikal lain dalam usaha menyebarkan mesej positif tentang kumpulan tersebut.

Encik Mohd Noor Ali, 50 tahun, yang merupakan antara salah seorang anggota lama kumpulan diberi nama Yoshiko, bersama tiga anak berusia antara 20 dengan 22 tahun itu, telah melakukan ekspedisi tersebut bersama sekumpulan penunggang motosikal pada 31 Disember lalu.

Menurutnya, hasrat menunggang demi amal itu dilakukan kerana kumpulan itu ingin keluar daripada ruang zon keselesaan mereka dan meningkatkan keyakinan semasa menunggang di luar negara.

“Anak-anak saya sejak kecil melihat saya aktif bersama kumpulan ini, dan bila mereka dah besar, mereka sendiri ingin menjadi sebahagian daripada kumpulan ini, kerana melihat kesan positif dan kerja-kerja kebajikan yang kami lakukan,” kata Encik Noor kepada Berita Harian (BH).


Salah seorang anaknya, Cik Putri Nur’Ain, 20 tahun, baru sahaja mendapat lesen motosikal dan telah setuju menyertai ekspedisi tersebut selepas mendapat dorongan Encik Noor.

Cik Putri memberitahu BH bahawa sejak usianya lapan tahun beliau biasa membonceng motosikal ayahnya ke mana sahaja dan suka melihat ayahnya ditemani rakan-rakan semasa menunggang motosikal.


“Dulu memang ada stereotaip perempuan tak boleh naik motor sebab bahaya. Tetapi saya suka melihat lebih ramai wanita yang beranikan diri untuk mengambil lesen motor. Saya teruja juga bila nampak wanita lain membawa motor yang besar-besar,” kata Cik Putri.







Kumpulan ‘Yoshiko’ yang bermaksud ‘anak yang baik’ dalam bahasa Jepun ini telah ditubuhkan lebih 12 tahun lalu dan terdiri daripada penunggang motosikal yang aktif bergiat dalam aktiviti sihat yang dianjurkan kumpulan itu.

Sempena ulang tahun ke-12 tertubuhnya Yoshiko baru-baru ini, kumpulan yang biasa membuat kerja amal di Singapura bersama masjid dan pertubuhan Melayu/Islam setempat, mengambil keputusan meluaskan sayap amalnya dan berbakti kepada mereka yang susah di daerah Pontian, Johor.

Ekspedisi ke salah sebuah kampung di Pontian itu telah disarankan oleh seorang anggota mereka dan persiapan menyalurkan derma ke sana termasuk melawat tempat yang mereka ingin kunjungi dan mengenal pasti golongan serta isi rumah yang mereka ingin bantu.

Antara sumbangan yang didermakan termasuk keperluan dapur seperti beras, minyak masak, telur, dan lain-lain. Bukan itu saja, ahli kumpulan Yoshiko juga sempat membersihkan sehingga 20 buah rumah sebelum pulang ke Singapura.


“Ini adalah kali pertama kumpulan kami melintas seberang Tambak dan ini akan menjadi pembuka peluang untuk kami berjinak-jinak melintas lebih jauh pada masa hadapan secara berkumpulan,” jelas Encik Noor.

Menurutnya dengan tidak secara langsung beliau ingin melihat anggota generasi baru kumpulan itu agar lebih cenderung melakukan kegiatan masyarakat.

Cik Putri yang pertama kali bersama rombongan motosikal ini juga berkata :


“Saya gembira dapat menjadi sebahagian dari kerja amal ini kerana dapat bersama ayah dan abang-abang saya. Membantu penduduk di Pontian membuat saya gembira. Mereka sangat peramah dan baik. Untuk diri saya, saya percaya kita perlu menyumbang jika ada rezki lebih.”


Pada Ramadan akan datang, kumpulan Yoshiko sudah pun merancang untuk melakukan kerja amal termasuk membantu mengubah-suai isi rumah berpendapatan rendah sempena persiapan Hari Raya.


Kumpulan Yoshiko juga merancang bekerjasama dengan salah sebuah pertubuhan Melayu/Islam setempat dalam menyumbang khidmat kemasyarakatan kepada penerima bantuan badan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >