Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 30 perkhidmatan bas terjejas pada 9, 10 Ogos

Aug 6, 2024 | 3:15 PM
Laluan beberapa perkhidmatan bas akan dipesongkan ke laluan alternatif sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 9 dan 10 Ogos.
Laluan beberapa perkhidmatan bas akan dipesongkan ke laluan alternatif sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 9 dan 10 Ogos. - Foto ST

Lebih 30 perkhidmatan bas yang melalui laluan sekitar bandar, akan terjejas akibat penutupan jalan pada 9 Ogos untuk Perbarisan Hari Kebangsaan.

Bas Transit SBS akan dilencongkan secara berfasa ke laluan alternatif, kata pengendali itu pada 6 Ogos, lapor The Straits Times.

Perkhidmatan yang terjejas ialah 10, 14, 16, 32, 51, 56, 57, 63, 70M, 80, 100, 107M, 111, 124, 130, 131, 133, 145, 166, 174, 91 400, 502, 851 dan 851e.

Dari 11.59 malam pada 8 Ogos hingga 7 pagi pada 10 Ogos, kira-kira 40 perhentian bas di sepanjang Nicoll Highway, Marina Bay dan di sekitar daerah sivik akan dilangkau.

Perhentian bas di sekitar stesen MRT Bayfront, Hotel Raffles dan Esplanade adalah antara yang terjejas.

“Penumpang dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan menaiki MRT jika mereka perlu ke kawasan terjejas,” kata SBS.

Dari 8 pagi hingga 11.59 malam pada 9 Ogos, perkhidmatan bas SMRT 961, 960, 960e dan 61 akan melangkau beberapa perhentian bas di kawasan bandar, begitu juga 961M, yang hanya beroperasi pada Ahad dan cuti umum, tambah SMRT pada 30 Julai.

Perkhidmatan bas akan melangkau hentian berikut: Stesen Esplanade Exit F, Shaw Towers, selepas Singapore Flyer, Esplanade, Pentas Terapung di Marina Bay, Stesen Promenade/Pan Pacific, Mahkamah Agung, Hotel Raffles dan selepas Hotel Raffles.

Beberapa perhentian akan dilangkau selama beberapa jam sahaja. Perhentian berhampiran Stesen MRT City Hall Pintu B akan ditutup dari 1 petang hingga 8 malam.

Sementara itu, perhentian bas bertentangan The Treasury akan ditutup dari 1 petang hingga 3 petang dan 6.30 petang hingga 8 malam.

Perkhidmatan bas Go Ahead Singapura 36 dan 518 akan melangkau beberapa hentian di sepanjang Bayfront Avenue, Raffles Avenue, Temasek Avenue dan Temasek Boulevard dari 8 pagi hingga 11.59 malam pada 9 Ogos.

Pada 10 Ogos, perkhidmatan bas 50 akan melangkau perhentian bas di sepanjang Punggol Place, yang bertentangan dengan Sekolah Rendah Punggol View, kerana penutupan jalan untuk Sambutan Kejiranan Hari Kebangsaan.

Perhentian bas itu akan ditutup dari awal hingga akhir operasi bas pada hari itu, kata SBS.

Memandangkan masa lencongan berbeza-beza, penumpang boleh menyemak laman web atau laman media sosial pengendali untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg