Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 3,000 nama, nombor IC bocor kerana silap sistem IT CEA

Jan 26, 2025 | 7:33 PM
Majlis Agensi Hartanah (CEA) telah memaklumkan semua individu yang terjejas tentang kejadian itu, tindakan susulannya, dan memohon maaf kepada mereka.
Majlis Agensi Hartanah (CEA) telah memaklumkan semua individu yang terjejas tentang kejadian itu, tindakan susulannya, dan memohon maaf kepada mereka. - Foto ST

Nama dan nombor kad pengenalan (IC) lebih 3,000 individu dihantar kepada 18 penerima yang tidak dimaksudkan pada 21 Januari disebabkan “isu teknikal” dalam sistem teknologi maklumat Majlis Agensi Hartanah (CEA).

Menurut The Straits Times, CEA berkata pada 26 Januari bahawa ia menemui kebocoran data itu pada 11.21 pagi pada 22 Januari.

Kejadian itu mengakibatkan pendedahan tidak disengajakan satu set data berisi 3,320 nama dan nombor IC calon yang mendaftar bagi peperiksaan ejen hartanah pada Mac 2024 atau agensi hartanah pada April 2024.

“Namun, tiada maklumat kontak seperti nombor telefon atau alamat e-mel didedahkan,” kata CEA, sebuah badan berkanun yang mengawal selia dan membangunkan industri agensi hartanah di sini.

Majlis itu berkata ia telah memaklumkan kepada semua individu terjejas tentang kejadian itu, tindakan susulannya, dan memohon maaf kepada mereka.

Ia juga telah menghubungi 18 penerima yang tidak dimaksudkan itu, yang merupakan ejen hartanah, bekas ejen hartanah dan calon lalu bagi peperiksaan ejen hartanah.

Mereka telah memadamkan e-mel dan kandungannya, tanpa menghantarkan e-mel tersebut kepada pihak lain atau menggunakan data tersebut, kata majlis itu.

Menurut CEA, ia telah segera mematikan fungsi sistem yang terjejas dan menyiasat punca sebenar.

Hasil siasatan awalnya, CEA mendapati kebocoran data itu sebagai insiden terpencil.

Ia sedang menyemak sistem dan prosesnya bersama vendornya supaya kesilapan itu tidak berulang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg