Lebih 4,300 pegawai awam telah lalui program kecergasan kerjaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 4,300 pegawai awam telah lalui program kecergasan kerjaya

Peroleh kerjaya bermakna dengan jangka hayat kian meningkat
Feb 26, 2026 | 6:54 PM

Lebih 4,300 pegawai awam telah lalui program kecergasan kerjaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, COS, Chan Chun Sing, Civil servants, GRIT@Gov
Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, berkata pemerintah akan terus melabur dalam pelatih di bawah program GRIT@Gov yang mempunyai minat dan bakat untuk meneruskan kerjaya jangka panjang dalam perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada Pergerakan Kecergasan Kerjaya. - Foto MDDI

Lebih 4,300 pegawai daripada 69 agensi awam telah melalui program asas di bawah Pergerakan Kecergasan Kerjaya, satu inisiatif bagi pegawai perkhidmatan awam bersedia untuk memperoleh kerjaya bermakna dengan jangka hayat yang semakin meningkat.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerintah akan memperkenalkan program tambahan bagi menyediakan sokongan yang disasarkan kepada pegawai di peringkat kerjaya yang berbeza, kata Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.

Pemerintah juga tambah beliau, akan terus melabur dalam pelatih di bawah program GRIT@Gov yang mempunyai minat dan bakat meneruskan kerjaya jangka panjang dalam perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada Pergerakan Kecergasan Kerjaya.

Encik Chan mengumumkan demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) pada 26 Februari, bagi menjawab soalan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Sanjeev Tiwari, yang bertanya bagaimana pegawai awam boleh meraih kerjaya bermakna dan mampan dalam perkhidmatan awam.

Encik Sanjeev turut bertanya bagaimana perkhidmatan awam memperkukuh penyelesaian yang adil dan tepat pada masanya bagi sebarang kebimbangan di tempat kerja.

Dalam jawapannya, Encik Chan berkata perkhidmatan awam komited, bukan sahaja untuk melabur dalam kecergasan kerjaya pegawai, bahkan juga mengiktiraf kepentingan penyelesaian awal sebarang kebimbangan di tempat kerja daripada pegawai awam.

“Kami mempunyai Prosedur Pengendalian Aduan dan Dasar Pendedahan Dalaman. Ini berusaha untuk memastikan penyelesaian awal sebarang kebimbangan sambil mengekalkan kerahsiaan.

“Kami akan terus menyemaknya untuk memastikan ia kekal relevan dan berkesan,” kata Encik Chan, yang juga Menteri Pertahanan.

Dalam ucapannya, Encik Chan berkata, memandangkan susunan antarabangsa dan landskap domestik Singapura sedang berubah, negara ini mesti memikirkan semula pendekatannya dan merebut peluang baru untuk menjamin kedudukannya di dunia.

Sehubungan itu, beliau menambah bahawa pegawai mesti memahami dunia baru di mana Singapura sedang beroperasi bagi membuat keputusan bijak untuk negara.

Bagi membantu pegawai awam membina pendedahan dan hubungan sejagat, Encik Chan berkata pemerintah sedang meningkatkan penempatan dan pertukaran di luar negara, peluang bekerja dengan organisasi antarabangsa dan pengalaman pekerjaan di sektor swasta dan insani.

“Kami juga memastikan pemimpin perkhidmatan awam dimaklumkan dan terhubung secara global.

“Hari ini, hampir empat daripada 10 pegawai dalam program pembangunan kepimpinan pusat kami telah menyertai program dengan pendedahan berstruktur di luar negara,” kongsi Encik Chan.

Beliau juga berkata memahami teknologi adalah “keupayaan penting bagi setiap pegawai dan pemimpin awam”.

Kemajuan teknologi seperti AI Generatif, kata Encik Chan, “bukanlah sesuatu yang baik untuk dimiliki tetapi sesuatu yang mesti dimiliki” untuk berkembang maju pada masa hadapan.

“Oleh itu, kami sedang meningkatkan keupayaan kami dalam sains, teknologi dan kejuruteraan di seluruh perkhidmatan awam, untuk menambah baik cara kami menyampaikan perkhidmatan.

“Contohnya, semua pegawai awam dikehendaki menjalani latihan digital dan AI (kecerdasan buatan) wajib, manakala latihan digital untuk pemimpin kanan perkhidmatan awam telah dipercepatkan sejak setahun lalu,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg