Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 460 belia diberkas atas jenayah seksual pada 2024

May 10, 2025 | 4:39 PM
jenayah seksual, belia, 2024
Lebih 460 anak muda berusia 19 tahun dan ke bawah diberkas atas jenayah seksual pada 2024. - Foto ZAOBAO

Lebih 460 anak muda berusia 19 tahun dan ke bawah diberkas atas jenayah seksual pada 2024, dengan kemungkinan sebab termasuk pendedahan awal kepada pornografi dan ketidakupayaan remaja untuk mengawal keinginan seksual, kata polis.

Perangkaan 2024 itu agak setanding dengan 2023, yang menyaksikan lebih 470 anak muda dalam lingkungan usia tersebut ditangkap atas kesalahan sedemikian.

Bilangan tangkapan pada 2023 merupakan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding 2022.

Polis tidak memberi angka sebenar pemberkasan yang dibuat pada tahun tersebut, lapor The Straits Times.

Dalam kalangan anak muda yang diberkas pada 2024, pencabulan seksual budak bawah umur merupakan kesalahan paling biasa, menurut polis.

Bagi kebanyakan kes, mangsa kenal pelakunya.

Dengan meningkatnya keprihatinan tentang kesalahan seksual melibatkan belia pada 2023 dan 2024, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pendidikan (MOE) melancarkan panduan sumber menyeluruh pada November 2024.

Ia bertujuan membantu kaunselor masyarakat dan sekolah mengenal pasti tingkah laku seksual yang dipaparkan kanak-kanak dan anak muda berusia tujuh tahun hingga 19 tahun.

MHA berkata panduan untuk mengenal pasti dan campur tangan awal yang dipanggil DetACT Early menyediakan garis panduan yang disesuaikan mengikut usia.

Ia boleh dijadikan rujukan bagi golongan profesional apabila mengenal pasti tingkah laku seksual berisiko yang dipaparkan kanak-kanak dan remaja.

Panduan ini menyarankan apa yang boleh dilakukan profesional berdasarkan tingkah laku yang dikenal pasti pada peringkat remaja.

Panduan kedua, yang dipanggil ‘Membezakan Bahaya Seksual Dalam Talian’ atau Discern Online Sexual Harms, bertujuan membantu para profesional menangani pendedahan belia kepada bahan seksual eksplisit seperti pornografi.

Jurucakap MHA berkata:

“Panduan ini berlandaskan kajian psikologi terkini berhubung bahan seksual eksplisit dan mengandungi lembaran kerja serta kegiatan yang disesuaikan berdasarkan usia, untuk belia 10 hingga 19 tahun menyertai dalam perbualan yang interaktif dan selamat mengenai topik ini.”

Mengenai sebab yang membawa kepada belia melakukan kesalahan seksual, MHA berkata ia mungkin melibatkan pelbagai faktor.

Contohnya, pendedahan awal dan berulang kepada pornografi, mungkin menjejas pemahaman golongan muda mengenai hubungan sihat, sementara maklumat tidak sesuai dan tidak tepat boleh membawa kepada persepsi serong mengenai kegiatan seksual, kata MHA.

Kaunselor kanan di Pusat bagi Psikoterapi, Encik Gopal Mahey berkata:

“Belia hari ini membesar dalam suasana budaya digital di mana pornografi mudah diakses, selalunya merendahkan dan jarang mencerminkan rasa hormat atau persetujuan bersama.”

Beliau menambah bahawa ramai anak muda membesar dengan sedikit panduan dunia sebenar mengenai hubungan dan batasan.

MHA juga menyatakan bahawa dinamik keluarga pincang serta sejarah penderaan boleh menjadi sebab yang menyumbang kepada belia melakukan kesalahan seksual, kerana pandangan mereka mengenai hubungan intim sudah disalahtafsirkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg