Mayat mendiang Wee Cho Yaw telah dibawa ke UOB Plaza Atrium di Raffles Place, bangunan bank tempat beliau curahkan sebahagian besar hidupnya, dalam satu upacara peringatan ringkas pada 7 Februari.

Mendiang Wee meninggal dunia pada usia 95 tahun pada 3 Februari.

Lebih 500 kakitangan UOB dan anak syarikatnya tiba di UOB Plaza Atrium untuk mengucapkan selamat berpisah terakhir kepada mantan ketua eksekutif dan pengerusi mereka pada sebelah petang.

Seawal 1 petang, kakitangan UOB mula berkumpul di atrium, lapor The Straits Times.

Kereta mayat tertangguh kira-kira 30 minit kerana keadaan lalu lintas, dan program itu dipendekkan supaya keluarganya sempat ke Krematorium Mandai selepas ke rumah mendiang Wee untuk upacara pengebumian peribadi.