Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 900 majikan di bawah penyertaan automatik lewat fail cukai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 900 majikan di bawah penyertaan automatik lewat fail cukai

Mereka didakwa pada 2023, libat penalti lebih $1j
Feb 20, 2024 | 06:00 PM



Satu daripada 10 majikan dalam Skim Penyertaan Automatik (AIS) gagal memfailkan penyata cukai tepat pada masanya pada 2023, walaupun diingatkan berulang kali.

Skim itu membolehkan pekerja menikmati penyata cukai yang telah diisi sebelumnya.

Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) berkata pada 20 Februari bahawa lebih 900 majikan yang tidak patuh telah didakwa pada 2023, mengakibatkan penalti melebihi $1 juta.

Kebanyakan majikan yang didenda ialah restoran, medan selera, kedai kopi, kontraktor am, peniaga barangan borong, peniaga runcit, serta salun kecantikan dan perkhidmatan spa, The Straits Times (ST) melaporkan.


Menurut Iras, alasan mereka bagi penyerahan lewat termasuk pegawai yang mengendalikan AIS bertukar dan cabaran dalam mematuhi tuntutan pentadbiran.

Pihak berkuasa mengingatkan majikan supaya menyerahkan maklumat pendapatan pekerja mereka menjelang 1 Mac.

Peraturan ini dikenakan ke atas majikan dalam AIS, atau mempunyai lima pekerja atau lebih pada 2023, kata Iras.

Kegagalan mematuhinya adalah satu kesalahan.

Majikan yang tidak memfailkan tepat pada masanya boleh didenda sehingga $5,000, jumlah yang dinaikkan pada 2023 daripada $1,000 sebelum ini.

Individu utama dalam perniagaan yang tidak patuh, seperti pengarah syarikat atau rakan kongsi, juga boleh didenda sehingga $10,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya.

Pada 2024, lebih dua juta pekerja dengan majikannya berada dalam AIS, tidak perlu memfailkan penyata cukai pendapatan.

AIS menyelaraskan proses pemfailan cukai untuk pekerja dengan memasukkan maklumat pendapatan mereka secara automatik dalam penyata cukai mereka, mengurangkan risiko kesilapan yang kurang dilaporkan atau tidak disengajakan, kata Iras.

Ia menambah bahawa majikan mesti menyerahkan maklumat pendapatan pekerja mereka tepat pada masanya untuk mengelakkan bil cukai yang tidak tepat dan penangguhan cukai taksiran akibat kehilangan data pada penyata cukai yang telah diisi terlebih dahulu.

Kira-kira 110,000 majikan dijangka menyertai AIS pada 2024 – tertinggi sejak program itu dilancarkan, tambah Iras.

Majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja yang tidak berada dalam AIS dan berminat menyertainya secara sukarela boleh berbuat demikian bagi pemfailan untuk 2025, dengan mendaftar untuk skim tersebut melalui portal myTax antara 1 April dengan 31 Disember 2024.

Majikan boleh menyerahkan rekod pendapatan pekerja mereka melalui satu sofwe pembayaran gaji secara langsung kepada Iras atau melalui portal myTax.

Butiran lanjut mengenai pemfailan boleh didapati di go.gov.sg/iras-sffs.

Iras menggesa majikan supaya menyerahkan maklumat pendapatan pekerjaan yang lengkap dan tepat bagi pekerja mereka.

Ia memerhatikan beberapa kesilapan biasa yang dilakukan majikan, termasuk kurang melaporkan keuntungan daripada pelaksanaan opsyen saham, peninggalan faedah bercukai seperti hadiah bernilai lebih daripada $200 dan diskaun kakitangan bernilai lebih daripada $500 untuk barangan dan perkhidmatan.

Mengemukakan maklumat pendapatan pekerja yang tidak tepat merupakan satu kesalahan dan boleh mengakibatkan penalti sehingga seganda jumlah cukai yang dikurangkan.

Majikan digalakkan secara sukarela segera mendedahkan sebarang kesilapan atau maklumat pekerja yang tidak disertakan pada masa lalu, bagi mengurangkan penalti di bawah Program Pendedahan Sukarela Iras.

Butiran lanjut mengenai program itu boleh didapati digo.gov.sg/iras-iitvdp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >