Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 950,000 isi rumah HDB dapat rebat U-Save, S&CC pada Apr

Rebat U-Save dikredit ke dalam akaun utiliti dengan SP Services, rebat S&CC dikredit oleh majlis bandaran
Mar 28, 2024 | 4:15 PM
U-Save tambahan akan disediakan untuk membantu isi rumah HDB menghadapi peningkatan dalam bil utiliti mereka.
U-Save tambahan akan disediakan untuk membantu isi rumah HDB menghadapi peningkatan dalam bil utiliti mereka. - Foto fail

Lebih 950,000 isi rumah warga Singapura di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada April, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada 28 Mac.

Rebat itu – pengagihan suku tahunan pertama dalam tahun kewangan 2024 – adalah sebahagian skim Baucar GST (GSTV) tetap dan Pakej Jaminan, yang menerima rangsangan $1.9 bilion dalam Belanjawan 2024 untuk membantu warga Singapura menangani prospek ekonomi yang tidak menentu.

Dibayar pada April, Julai, Oktober dan Januari setiap tahun, rebat itu bertujuan membiayai kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menyediakan sokongan kos sara hidup untuk isi rumah berpendapatan rendah hingga sederhana.

U-Save tambahan akan disediakan untuk membantu isi rumah flat HDB menghadapi kenaikan dalam bil utiliti mereka.

Secara keseluruhan, isi rumah yang layak akan menerima 2.5 kali ganda jumlah U-Save biasa, atau hingga $950, pada tahun kewangan 2024.

Secara purata, ini akan meliputi kira-kira lapan bulan bil utiliti bagi mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik, dan kira-kira empat bulan bil utiliti bagi mereka yang tinggal di flat tiga dan empat bilik, kata MOF.

Isi rumah yang layak akan menerima hingga empat bulan rebat S&CC kesemuanya pada tahun kewangan 2024. Ini termasuk rebat sekali sahaja untuk mengimbangi setengah bulan S&CC pada Januari 2025.

Isi rumah yang layak tidak perlu melakukan sebarang tindakan untuk meraih manfaat daripada skim itu.

Rebat U-Save akan dikreditkan terus ke dalam akaun utiliti isi rumah dengan SP Services, manakala rebat S&CC pula akan dikreditkan terus oleh majlis bandaran.

Pada 28 Mac, pengendali bahan tenaga SP Group mengumumkan tarif gas dan elektrik yang lebih rendah dari 1 April hingga 30 Jun, mengambil kira kos yang lebih rendah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg