Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Baucar CDC bantu tangani kos sara hidup

Jan 07, 2024 | 05:31 AM



Ramai pasti gembira apabila tersiar berita bahawa setiap isi rumah Singapura diberi habuan khas dalam bentuk Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $500 yang boleh digunakan untuk perbelanjaan harian mulai 3 Januari.

Turut mengujakan adalah habuan itu diberikan kepada segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira kadar pendapatan dan jenis tempat tinggal warga, yang selalunya menjadi kriteria dalam agihan habuan pemerintah lain.

Pengagihan Baucar CDC 2024 kepada kira-kira 1.27 juta isi rumah warga Singapura itu menelan belanja $635 juta kepada pemerintah – bukan satu perbelanjaan kecil dan akan memberi kesan besar kepada rakyat biasa dan golongan peniaga. 

Habuan itu akan membantu rakyat dalam menangani kesan kenaikan kos sara hidup, ekoran kadar inflasi agak tinggi pada 2023.

Namun, dalam tempoh enam bulan kedua 2023, kadar inflasi mula menyederhana, memberi kurang tekanan kepada harga barangan dan makanan.

Pengagihan Baucar CDC ini juga akan dapat memenuhi dua matlamat utama.

Pertama, membantu isi rumah di Singapura mengurus perbelanjaan kos sara hidup mereka dengan lebih baik.

Kedua, menyokong penjaja dan perniagaan setempat dalam meraih penjualan lebih baik hasil penggunaan baucar itu.

Hasil memberangsangkan penggunaan baucar itu sebelum ini telah menyebabkan bilangan perniagaan yang menyertai skim Baucar CDC kali ini meningkat lebih seganda, daripada 11,000 pada 2021, kepada lebih 23,000 perniagaan di estet kejiranan pada kali ini.

Pada 2024, penerima isi rumah boleh membelanjakan $250 daripada Baucar CDC itu di kedai dan gerai makanan di estet kejiranan, sementara $250 lagi di pasar raya yang mengambil bahagian dalam skim itu,

Jumlah $500 itu merupakan tambahan sebanyak $200 berbanding pengagihan pada 2023 dan kenaikan itu pasti menggembirakan warga. Kita bersyukur kerana habuan Baucar CDC ini terus diberikan beberapa kali sejak kali pertama diagihkan pada 2020.

Selain habuan Baucar CDC ini, pemerintah juga telah melaksanakan beberapa program bantuan menyeluruh untuk mengurangkan kesan inflasi di samping membantu golongan berpendapatan rendah, dan ini termasuk rebat perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC); rebat U-Save; dan Baucar Pengangkutan Awam (PTV).

Bantuan lain termasuk Pakej Jaminan sehingga $800 yang telah diagihkan pada Disember 2023, dan bayaran tunai untuk warga emas yang layak dan tokokan MediSave pada Februari. Pemerintah bahkan tidak berhenti setakat itu. Ia kini sedang merancang Belanjawan 2024 dan sedang mengkaji cara lain untuk memberi bantuan tambahan kepada warga Singapura.

Bagi rakyat sendiri, wajar kita berbelanja secara berhemat semasa menggunakan Baucar CDC, agar nilai baucar itu dapat ‘bertahan’ selama mungkin. Usahlah gunakannya untuk membeli barangan mahal yang bukan menjadi keperluan keluarga.

Pengagihan Baucar CDC 2024 berlaku sedang kadar inflasi di negara ini mula turun kepada tahap sederhana dan ekonomi negara pula kian kukuh. Oleh itu, kita mampu bermata harapan dan berharap Singapura akan terus makmur, yang kemungkinan besar membolehkan lebih banyak Baucar CDC diberikan kepada rakyat pada masa hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >