Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih banyak maut akibat nahas jalan raya pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak maut akibat nahas jalan raya pada 2023

Polis Trafik akan meningkatkan jumlah komposisi dan mata demerit untuk beberapa kesalahan sebagai langkah pencegahan
Feb 20, 2024 | 03:35 PM



Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat 25.9 peratus kepada 136 pada 2023, daripada 108 pada 2022.

Ia jumlah tertinggi sejak 2016 apabila terdapat 141 kematian, dan melebihi paras sebelum Covid-19, iaitu 118 kematian pada 2019, menurut laporan statistik tahunan yang dikeluarkan Polis Trafik (TP) pada 20 Februari.

Laporan itu juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah kemalangan maut melibatkan kesalahan memandu laju, memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar isyarat lampu merah.

Penunggang dan pembonceng motosikal membentuk separuh daripada semua kematian jalan raya, manakala pejalan kaki warga emas membentuk hampir 20 peratus.

“Kami sememangnya bimbang dengan peningkatan kematian jalan raya sejak dua tahun lalu. Yang perlu diperhatikan ialah penunggang motosikal, pembonceng mereka dan pejalan kaki warga emas, yang merupakan kumpulan pengguna jalan raya paling terdedah.

“Oleh itu, TP akan mempertingkat kaedah penguatkuasaan kami. Kami akan melancarkan fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah kami bermula dari suku seterusnya.

“Kami akan menangkap pengguna jalan raya yang secara terang-terangan mengabaikan undang-undang,” kata Komander TP, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Daniel Tan.

Dalam kenyataannya, TP berkata terdapat peningkatan ketara dalam bilangan kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu menjaga pengawasan yang betul, mengawal kenderaan dengan betul, atau menukar lorong tanpa penjagaan sewajarnya.

Untuk mengatasinya, TP akan meningkatkan jumlah komposisi dan mata demerit bagi kesalahan lalu lintas tertentu. Butiran lanjut akan diumum kelak pada 2024.

Pada 2023, jumlah kemalangan maut berkaitan memandu dengan laju meningkat 83.3 peratus kepada 33, daripada 18 pada 2022. Sejumlah 37 orang maut akibat kemalangan itu pada 2023, meningkat 85 peratus daripada 20 kematian pada 2022.

Bilangan kes pelanggaran dek kelajuan yang dikesan oleh kamera penguatkuasaan trafik turun kepada 52,237 daripada 73,152 pada 2022. Namun, bilangan pelanggaran sedemikian yang dikesan oleh operasi penguatkuasaan lain polis meningkat 22 peratus kepada 63,468, daripada 52,016 pada 2022.

“Ini menunjukkan kamera kelajuan berkesan dalam menghalang kelajuan, dan pemandu memilih untuk memecut di lokasi yang mereka fikir tiada siapa memerhati,” kata TP.

Menyifatkan ini sebagai trend membimbangkan, TP berkata ia akan mengaktifkan fungsi penguatkuasaan kelajuan secara berperingkat dalam kamera lampu merah di seluruh Singapura untuk menghalang pemandu memandu laju di kawasan tiada kamera kelajuan statik.

Ini akan dilakukan terutamanya di lokasi lebih terdedah kepada kemalangan atau terdedah kepada pelanggaran peraturan. Kamera lampu merah, yang berwarna oren dan putih, mempunyai tanda amaran yang menunjukkan had laju jalan.


Terdapat sedikit peningkatan jumlah kes memandu dalam keadaan mabuk – daripada 175 kes pada 2022 kepada 180 kes pada 2023.

Jumlah nahas maut melibatkan memandu dalam keadaan mabuk meningkat sedikit, daripada 10 pada 2022 kepada 11 pada 2023. Jumlah kes pemandu kenderaan melanggar lampu merah pada 2023 turun 28.8 peratus kepada 31,815, daripada 44,688 pada 2022.

Tetapi jumlah kemalangan maut disebabkan pelanggaran lampu merah meningkat daripada tiga kes pada 2022 kepada lapan kes pada 2023.

Denda melanggar lampu merah ialah 12 mata demerit di samping denda komposit $400 bagi kenderaan ringan dan $500 untuk kenderaan berat.


Jika sabit kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, pesalah boleh didenda hingga $10,000 dan dipenjara hingga setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >