Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak sokongan IT bakal diberi kepada prasekolah

Oct 17, 2021 | 5:30 AM
SOKONGAN BAGI PRASEKOLAH: Encik Masagos berkata lebih dari $4 juta akan tersedia dalam tempoh 3 tahun akan datang, untuk membantu prasekolah menanggung kos penggunaan penyelesaian digital yang telah diluluskan. - Foto FACEBOOK PERSIDANGAN PEMBANGUNAN AWAL ANAK-ANAK
SOKONGAN BAGI PRASEKOLAH: Encik Masagos berkata lebih dari $4 juta akan tersedia dalam tempoh 3 tahun akan datang, untuk membantu prasekolah menanggung kos penggunaan penyelesaian digital yang telah diluluskan. - Foto FACEBOOK PERSIDANGAN PEMBANGUNAN AWAL ANAK-ANAK -

PRASEKOLAH boleh menjangkakan lebih banyak sokongan dalam huraian IT yang membolehkan mereka mengurangkan masa yang dihabiskan untuk tugas rutin.

Di bawah Pelan Digital Industri (IDP), prasekolah akan dapat mencari huraian yang telah diluluskan oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) yang akan membantu prasekolah dalam operasi mereka pada tahap kesediaan digital yang berbeza.

Melancarkan Geran Digitalisasi Awal Kanak-kanak (ECDG) untuk menyokong penggunaan IDP oleh prasekolah semalam, lebih dari $4 juta akan tersedia dalam tempoh 3 tahun akan datang, untuk membantu prasekolah menanggung kos penggunaan penyelesaian digital yang telah diluluskan.

Semasa Persidangan Pembangunan Awal Kanak-kanak 2021 yang dianjurkan di laman Facebook semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos berkata ia adalah satu pelan yang mudah untuk membantu prasekolah.

"Sokongan ini akan dapat membantu prasekolah untuk mengurangkan masa melakukan tugas rutin dan juga membantu mereka memberi maklumat terkini kepada ibu bapa kanak-kanak dengan lebih mudah," katanya.

Menurut ECDA, huraian ini disokong oleh vendor yang diperakui dan telah disediakan untuk memudahkan penggunaan dengan cepat oleh prasekolah.

Selain daripada pengurusan prasekolah, ECDA turut berkongsi bahawa operator dan prasekolah juga boleh mencari huraian baru untuk membantu mereka mendaftarkan anak-anak dan menggunakan analisis data untuk menjadikan prasekolah mereka berjalan dengan lancar mulai awal November nanti.

PENGUMUMAN BARU DALAM SEKTOR PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1) SOKONGAN UNTUK PEMBANGUNAN PROFESIONAL PENDIDIK

  1. Rangka Kerja Kemahiran baru untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak dilancarkan

2) SOKONGAN UNTUK OPERATOR PRASEKOLAH

  1. ECDA lancar Geran Digitalisasi Awal Kanak-kanak (ECDG) untuk menyokong penggunaan Pelan Digital Industri (IDP) oleh prasekolah

3) SOKONGAN UNTUK KANAK-KANAK KECIL DAN KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH

  1. Setiap prasekolah akan dipastikan mempunyai kakitangan yang dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Inklusif (ICO) bermula pada separuh kedua tahun 2023 untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai keperluan pengembangan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg