Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih kuasa bagi Muis kawal selia sekolah agama Islam

Feb 5, 2024 | 8:00 PM
Muis akan mempunyai lebih kuasa untuk mengawal selia semua sekolah agama Islam di Singapura, sama ada sekolah dalam talian atau fizikal, serta membolehkan pegawainya mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana sekolah agama Islam yang tidak berdaftar di sini.
Muis akan mempunyai lebih kuasa untuk mengawal selia semua sekolah agama Islam di Singapura, sama ada sekolah dalam talian atau fizikal, serta membolehkan pegawainya mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana sekolah agama Islam yang tidak berdaftar di sini. - Foto fail

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mempunyai lebih banyak kuasa untuk mengawal selia semua sekolah agama Islam di Singapura, baik sekolah dalam talian mahupun fizikal.

Ia juga boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sembarang sekolah agama Islam yang tidak berdaftar di sini.

Ini setelah pindaan dalam Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) diluluskan oleh Parlimen pada 5 Februari.

Di bawah pindaan tersebut, takrif sekolah agama Islam akan diperkenal.

Kuasa pemeriksaan juga akan diperuntuk bagi pegawai Muis mengambil tindakan penguatkuasaan, dengan tempoh 14 hari akan ditetapkan untuk rayuan dibuat kepada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.

Menjelaskan, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pindaan itu akan memastikan pendidikan agama Islam di Singapura dijalankan oleh institusi yang diiktiraf dan oleh asatizah yang mempunyai kelayakan bertauliah.

“Ini akan mengekalkan wibawa sektor agama kita dalam membimbing masyarakat Muslim tentang amalan Islam dalam masyarakat moden dan berbilang agama,” ujar Encik Masagos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg