Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sijil nikah digital akan diperkenal dengan pindaan Amla

Feb 5, 2024 | 8:00 PM
Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) akan memperkenalkan sijil pernikahan digital tidak memerlukan tandatangan kadi atau naib kadi, pasangan bernikah atau saksi mereka.
Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) akan memperkenalkan sijil pernikahan digital tidak memerlukan tandatangan kadi atau naib kadi, pasangan bernikah atau saksi mereka. - Foto THE STRAITS TIMES

Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) akan memperkenalkan sijil pernikahan digital setelah pindaan dalam Rang Undang-Undang Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) diluluskan oleh Parlimen pada 5 Februari.

Seperti bagi perkahwinan sivil, sijil pernikahan digital tidak memerlukan tandatangan kadi atau naib kadi, pasangan yang bernikah dan saksi mereka.

Selain itu, rang pindaan itu juga akan memudahkan pelaksanaan sistem pengurusan kes digital baru Mahkamah Syariah (SYC).

Ini termasuk meniadakan keperluan pendaftaran perceraian ditandatangani oleh Pendaftar SYC dan saksi yang keterangan mereka diambil mahkamah bagi kes wanita sudah berkahwin memohon cerai atas alasan fasakh di bawah Seksyen 49 Amla.

“Pindaan ini tidak akan mengubah hakikat bahawa undang-undang Islam akan terus digunakan dalam perkahwinan dan perceraian orang Islam.

“Yang diperlukan dalam perkahwinan dan perceraian orang Islam yang sah mesti dan akan dipastikan, sekalipun dengan pindaan ini,” kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Pindaan tersebut juga mempertingkatkan kebolehan SYC memberikan keputusan adil dan saksama bagi keluarga melalui pendekatan yang dipimpin hakim dalam pentadbiran perceraian bagi keluarga Islam.

Selain itu, ia akan membolehkan SYC mengehadkan pihak terlibat memfailkan permohonan atau dokumen bagi menyokong permohonan dalam situasi tertentu yang boleh mengakibatkan prosiding berpanjangan, rasa sakit hati yang boleh dielakkan dan kesusahan terhadap orang lain yang terlibat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg