Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih mudah jalan, berbasikal dari Pasir Ris ke East Coast

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah jalan, berbasikal dari Pasir Ris ke East Coast

Ini setelah Koridor Timur sepanjang 18 kilometer siap
Feb 17, 2024 | 04:49 PM



Orang ramai kini boleh berjalan atau berbasikal antara Taman Pasir Ris dan Taman East Coast dengan lebih mudah setelah Koridor Timur sepanjang 18 kilometer kini siap.

Lembaga Taman Negara (NParks) membuka Penghubung Taman Bedok sepanjang 600 meter di laluan Sungei Bedok pada 17 Februari, sekali gus melengkapkan bahagian terakhir yang membentuk Koridor Timur.

Majlis menandakan Koridor Timur yang siap itu dihadiri Anggota Parlimen GRC East Coast termasuk Timbalan Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat; Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara) Encik Tan Kiat How; dan Cik Cheryl Chan.

Mereka menyertai sesi menanam pokok di sepanjang Sungei Bedok bersama masyarakat setempat.

Berucap di acara itu, Encik Heng berkata: “Dengan Koridor Timur yang siap, ramai penduduk kini boleh menggunakan taman dan ruang hijau dengan lebih mudah.”

Ini sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030, yang bermatlamat memastikan setiap isi rumah boleh berjalan kaki dengan jarak tidak lebih 10 minit ke taman berdekatan mereka, kata Encik Heng.

Encik Heng turut mengumumkan rancangan meningkatkan Laluan Keliling Pulau (RIR), bermula dengan bahagian Timur.

NParks akan memudahkan orang ramai mencari arah, serta meningkatkan landskap bagi menyediakan lebih banyak kehijauan dan tempat berteduh bagi pengunjung.

Turut dirancang ialah tiga jambatan basikal baru di sepanjang RIR di Taman Pantai Changi dan Taman East Coast.

RIR, sepanjang lebih 75 kilometer, ialah laluan rekreasi terpanjang di Singapura sehingga kini, terbentang dari kawasan timur laut, melalui timur, dan berakhir di selatan.

Usaha meningkatkan RIR itu ialah sebahagian daripada projek NParks untuk mengembangkan dan meningkatkan ketersambungan merentasi Singapura melalui laluan rekreasi seluruh pulau.

Koridor Timur 18 kilometer itu telah dibuka secara berperingkat sejak 2021 selepas ia mula-mula diumumkan.

Ia menawarkan laluan alternatif kepada orang ramai untuk berjalan, berlari-lari anak atau berbasikal antara Taman Pasir Ris dan Taman East Coast, menghubungkan beberapa taman di timur yang menawarkan pelbagai pengalaman rekreasi berasaskan alam semula jadi untuk pengunjung taman.

Ini termasuk memerhati burung di Tampines Eco Green, pengalaman terapeutik di Sun Plaza Park dan aktiviti sukan di East Coast Park.


Separuh daripada laluan itu terletak di sepanjang laluan air, termasuk yang dipertingkatkan di bawah Program Program Air Aktif, lndah, Bersih (Air ABC) iaitu Sungei Tampines dan Sungei Bedok, yang menawarkan pengunjung taman berbasikal dan berjalan kaki landskap air yang indah di sepanjang kawasan timur.


Koridor Timur juga kini menampilkan Penyambung Taman Bedok 600 meter baru dan penyambung taman yang baru disiapkan di sepanjang Tampines Avenue 9 dan Tampines Avenue 10, sepanjang lebih 3.2 kilometer.


NParks juga meningkatkan kehijauan dan menarik biodiversiti di laluan melalui penggunaan landskap di sepanjang penyambung taman. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >