Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih mudah kumpul mata ganjaran Healthy 365 dengan FairPrice

Sep 23, 2024 | 4:35 PM
Dengan memautkan aplikasi FairPrice dengan Healthy 365, pembeli boleh memperoleh mata Healthpoints HPB secara automatik tanpa perlu mengimbas kod QR.
Dengan memautkan aplikasi FairPrice dengan Healthy 365, pembeli boleh memperoleh mata Healthpoints HPB secara automatik tanpa perlu mengimbas kod QR. - Foto FAIRPRICE GROUP

Warga Singapura kini boleh memperoleh Healthpoint daripada Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dengan lebih mudah apabila mereka membuat pembelian makanan yang lebih sihat menerusi aplikasi FairPrice Group (FPG).

Healthpoint ialah prgram ganjaran HPB, dengan mata yang dikumpul boleh ditukar dengan baucar atau kredit daripada pedagang yang mengambil bahagian seperti FairPrice, serta baucar pengangkutan dan makanan.

FPG mengumumkan pada 23 September bahawa ia adalah peruncit pertama memautkan aplikasi mudah alihnya dengan aplikasi HPB Healthy 365, yang hanya tersedia bagi mereka yang mempunyai akaun Singpass.

Ini membolehkan rakyat Singapura yang membuat pembelian di pasar raya FairPrice dan kedai dalam taliannya, medan selera Kopitiam dan kedai Unity, memperoleh Healthpoint secara automatik tanpa perlu mengimbas kod QR.

Pada masa ini, pengguna aplikasi Healthy 365 perlu mengimbas kod QR secara manual, yang dijana selepas mereka membuat pembelian untuk mendapat Healthpoints.

Ini akan menjadi tambahan kepada Linkpoints, yang merupakan mata kesetiaan yang boleh dikumpul apabila pelanggan berbelanja di pasar raya FairPrice atau kedai dalam taliannya, Unity, Warehouse Club, Cheers dan rakan kongsi lain dan boleh ditebus untuk mengimbangi jumlah pembelian.

Pengguna perlu terlebih dahulu memautkan aplikasi FPG dengan Healthy 365 mereka dan membuat bayaran untuk pembelian mereka melalui aplikasi FPG, sebelum mereka boleh mengumpul Healthpoints secara automatik.

Pengguna perlu membuka Healthy 365 dahulu, cari dan klik pada butang ‘link account’ dan pilih FairPrice Group di bawah halaman Rakan Kongsi.

Selepas bersetuju dengan terma dan syarat, pengguna akan digesa supaya log masuk ke aplikasi FPG. Skrin pengesahan akan ditunjukkan apabila berjaya memautkan akaun.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari https://go.fpg.sg/Healthy365 

Pembelian yang layak termasuk barangan runcit dari pasar raya dan kedai dalam talian FairPrice, farmasi Unity dan makanan dan minuman yang disokong Program Makan Sihat (HDP) di medan selera Kopitiam.

Ia akan mengandungi simbol Pilihan Lebih Sihat.

Mereka yang membeli barangan runcit atau minuman HDP yang layak akan mendapat lima mata Kesihatan HPB, manakala makanan HDP yang layak akan mendapat sehingga 10 mata setiap satu.

FPG berkata langkah itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menawarkan kepada pelanggannya pengalaman yang bermanfaat dalam membuat pilihan makanan lebih sihat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg