Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SG Lebih Sihat: Nasihat gaya hidup lebih khusus, protokol jagaan diperluas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG Lebih Sihat: Nasihat gaya hidup lebih khusus, protokol jagaan diperluas

Mar 06, 2024 | 07:24 PM



Daya usaha SG Lebih Sihat, atau Healthier SG, akan dipertingkat untuk merangkumi nasihat gaya hidup yang lebih khusus untuk individu dan rangkaian protokol penjagaan yang diperluaskan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.


SG Lebih Sihat, yang dilancarkan pada Julai 2023, bertujuan memberi tumpuan pada penjagaan pencegahan demi memastikan penduduk lebih sihat.

Penduduk boleh berdaftar dengan seorang doktor perubatan umum (GP) untuk membantu dalam menguruskan hal kesihatan mereka.

Antara peningkatan yang akan dilaksanakan pada 2024 di bawah daya usaha itu adalah memberi nasihat gaya hidup yang lebih khusus kepada individu.

Encik Ong, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya di Parlimen pada 6 Mac, berkata buat masa ini, doktor akan membangunkan pelan kesihatan bersama individu sebagai sebahagian daripada konsultasi penjagaan pencegahan penyakit.

Antaranya termasuk perkara penting yang perlu dilakukan seperti pemeriksaan kesihatan yang kerap dan vaksinasi.

Bagaimanapun, nasihat mengenai gaya hidup pula agak umum, dengan nasihat seperti ‘lakukan lebih banyak senaman’ diberikan, kata beliau.

“Pada 2024, kami akan mula menjadikan nasihatnya lebih khusus. Contohnya, ia mungkin menyarankan anda melakukan senaman aerobik tiga kali seminggu.

“Anda kemudian boleh menggunakan aplikasi, Healthy 365, untuk mengenal pasti kegiatan senaman yang sesuai berdekatan rumah anda. Ciri-ciri utama dalam Healthy 365 akan dijadikan berbilang bahasa,” jelas beliau.

Rangkaian protokol penjagaan di bawah daya usaha itu juga akan diperluaskan untuk meliputi lebih banyak penyakit seperti penyakit jantung iskemik yang stabil dan angin ahmar yang stabil. Ia akan mula dilancar pada awal 2025.







Di bawah SG Lebih Sihat, GP dibimbing protokol penjagaan untuk memastikan penduduk menikmati penjagaan yang konsisten dan bermutu, dengan adanya 12 protokol sejauh ini.

Ini termasuk pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi serta pengurusan penyakit kronik biasa.

Encik Ong berkata daya usaha SG Lebih Sihat itu telah membuahkan hasil yang menggalakkan.

Sehingga Februari 2024, sekitar 765,000 individu telah berdaftar dengan doktor keluarga pilihan mereka di bawah daya usaha itu, dengan 60 peratus daripadanya berdaftar dengan GP dan bakinya bersama poliklinik.

“Ini satu pembahagian yang baik, kerana satu teras utama SG Lebih Sihat adalah untuk memperkasa GP memainkan peranan lebih besar dalam penjagaan pencegahan dan kesihatan penduduk,” kata Encik Ong.

Lebih separuh individu yang telah berdaftar juga telah bertemu dengan doktor pilihan mereka untuk membangunkan Pelan Kesihatan peribadi dan diberikan Healthpoints bernilai $20.


Lebih 124,000 individu juga telah menerima vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Encik Ong menambah bahawa sepanjang 2023, jumlah peserta yang menyertai sesi senaman anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) telah meningkat daripada 133,000 kepada 154,000 orang.

Sementara itu, kadar penyertaan bagi sesi anjuran Persatuan Rakyat (PA) telah naik daripada sekitar 400,000 kepada 450,000 orang, manakala sesi oleh Majlis Sukan Singapura (SportSG) pula menyaksikan kadar itu meningkat daripada 117,000 kepada 140,000 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >