Seorang orang awam menyiarkan video penghantar makanan yang menunggang motosikal berdaftar Malaysia, menghantar makanan ke flat HDB di Redhill.
Hantaran itu mendakwa ia adalah perkara biasa untuk melihat penunggang penghantaran sebegitu di Redhill.
Pemandu penghantaran Zheng Jinyao, 45, memberitahu akhbar Shin Min Daily News ini juga perkara biasa di Woodlands.
“Mungkin kerana berdekatan dengan Pusat Pemeriksaan Woodlands, jadi terdapat beberapa motosikal berdaftar asing,” dakwanya seperti yang dilaporkan akhbar The New Paper.
Encik Zheng dakwa penunggang seperti itu mendaftar di platform penghantaran dengan kenderaan tempatan dan kemudian menggunakan kenderaan berdaftar asing untuk mengambil pesanan dan penghantaran.
Terdapat laporan mengenai warga asing menggunakan maklumat peribadi rakan mereka di Singapura untuk mendaftar akaun penghantaran, dan terdapat juga penunggang penghantaran tempatan menjual atau berkongsi akaun dengan bayaran.
Encik Zhen menekankan adalah sukar bagi pihak berkuasa untuk menangkap penunggang dan pemandu penghantaran asing yang berbuat demikian, dan bagaimana warga asing sedemikian memberi kesan kepada penduduk tempatan.
Jurucakap Foodpanda berkata syarikat itu tidak bertolak ansur dengan sebarang aktiviti penipuan dan telah melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah penggunaan akaun tanpa kebenaran.
“Hanya warga Singapura dan penduduk tetap (PR) tetap boleh memohon untuk menjadi rakan kongsi penghantaran Foodpanda, dan pengesahan identiti akan dijalankan semasa proses onboarding,” kata jurucakap itu.
Penunggang dan pemandu penghantaran dikehendaki melengkapkan pengesahan muka sebelum memulakan kerja untuk mengelakkan penipuan identiti.
Sebarang percubaan untuk memintas pemeriksaan keselamatan akan menyebabkan identiti pengguna dikompromi, serta akaun tersebut digantung, akan disenarai hitamkan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg