Lebih ramai perlu tampil bantu tingkat masyarakat, perkukuh modal sosial
Premium
Lebih ramai perlu tampil bantu tingkat masyarakat, perkukuh modal sosial
Mar 23, 2024 | 5:30 AM
Mendaki mengadakan sesi jalinan rangkaian YOUth@M³ bersama pelajar institut pengajian tinggi di M³@Jurong pada 2022. - Foto MENDAKI
Masyarakat Melayu/Islam Singapura sudah mencapai satu tahap kejayaan yang memberinya kemampuan menyumbang kembali dan menghulurkan bantuan, namun lebih ramai anggotanya perlu tampil dan berganding bahu mengadakan lebih banyak program serta daya usaha bermakna untuk semua.
Demikian kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, semasa sesi Dialog Belanjawan Berita Harian (BH) di SPH Media, yang membincangkan tentang sokongan yang disediakan serta langkah yang perlu diambil untuk menjadikan masyarakat Melayu/Islam Singapura masyarakat yang gemilang.
Laporan berkaitan
Masagos: Asatizah, peniaga, karyawan teras bina masyarakat Melayu/Islam cemerlangMar 22, 2024 | 2:48 PM
Kesihatan jadi pelaburan penting dalam masyarakatMar 22, 2024 | 2:50 PM

