Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih separuh penghuni RKM pulang 6-11 April, sambut Lebaran dengan keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh penghuni RKM pulang 6-11 April, sambut Lebaran dengan keluarga

Apr 06, 2024 | 03:46 PM



Seperti yang dilaluinya sejak berusia sembilan tahun, Amir (bukan nama sebenar) tidak akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu bapanya tahun ini.

Sebaliknya, belia berusia 20 tahun itu – yang telah lebih sedekad terpisah daripada orang tuanya – akan menyambut Lebaran bersama makcik, pakcik dan saudara-maranya.

Amir antara 26 daripada 43 penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) yang mendapat kebenaran daripada RKM untuk pulang ke rumah pada 9-11 April untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Penghuni lain yang dapat pulang disebabkan tiada keluarga atau keadaan di rumah tidak selamat untuk mereka.

Bercakap kepada Berita Harian (BH), Amir berkata beliau tidak sabar untuk bertemu saudara-maranya yang masih berhubung rapat bersamanya selama ini meskipun beliau tinggal di rumah kebajikan.


“Saya gembira diberi peluang untuk berjumpa dengan sepupu, makcik dan pakcik saya. Inilah satu-satunya peluang yang saya dapat setiap tahun untuk jumpa mereka,” kata Amir.


Bagi mereka yang tidak diberikan kebenaran untuk pulang beraya atas pelbagai sebab, RKM telah merancang beberapa siri program termasuk gunting rambut, bermain bunga api dan sesi makan-makan pada Hari Raya.


Selain siri program Hari Raya, para penghuni RKM yang tidak dapat pulang juga dihadiahkan barangan keperluan Hari Raya seperti Baju Melayu, samping, songkok dan sandal sumbangan pelbagai penderma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >