Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Staf BH rai kanak-kanak Rumah Kebajikan Muhammadiyah dalam iftar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf BH rai kanak-kanak Rumah Kebajikan Muhammadiyah dalam iftar

Mar 14, 2024 | 08:30 PM



Berita Harian (BH) mengadakan majlis buka puasa bersama penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) pada 14 Mac, sebagai sebahagian usaha mendekati masyarakat. Seramai 50 kakitangan BH merai 30 kanak-kanak lelaki RKM di Red Velvet Ballroom, Village Hotel Bugis. Kanak-kanak itu turut diberikan baju Raya lengkap dengan kopiah dan samping serta duit Raya.


Mereka dijamu nasi beriani, rendang daging, ayam lemak cili padi, udang lada hitam dan ayam tanduri.

Majlis itu turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; presiden Persatuan Muhammadiyah, yang juga pengerusi RKM, Ustaz Muhammad Azri Azman; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong; dan Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.

Turut hadir ialah wakil penaja majlis itu, Butik Munawwarah, Maybank Singapore dan Landmark Restaurant.

Penyanyi setempat, Danial Baharin dan Amir Mansor, turut berpadu suara menyanyikan lagu Rapuh, dendangan asal Opick, sebagai santapan halwa telinga.


Encik Nazry berkata majlis itu tanda sokongan kepada RKM atas kerja baik yang dilakukannya selama lebih tiga dekad dalam menjaga penghuninya. Beliau turun menyerahkan derma yang dikumpulkan kakitangan BH kepada wakil kanak-kanak di majlis itu.

Editor Audiens dan Pertumbuhan BH, Cik Norhaiza Hashim, berkata kesibukan kerja tidak menghalang kakitangan BH melakukan sesuatu yang diharap dapat mendatangkan senyuman kepada penerimanya.


“Di sebalik kesibukan wartawan BH mencari berita setiap hari, kami ingin mengambil masa Ramadan ini untuk melakukan amal. Kami ingin memberi penghuni RKM peluang menikmati juadah berbuka di luar rumah kebajikan itu sebagai satu pengalaman berbeza,” katanya, sambil berkata kakitangan BH juga menyumbang duit Raya itu.


Majlis sedemikian adalah pengalaman manis bagi wartawan muda BH. Wartawan media sosial, Cik Ameerah Sallehuddin, yang menyertai BH pada Julai 2023, berkata:


“Saya bersyukur dapat hadir dalam majlis seperti ini. BH pekerjaan sepenuh masa pertama saya dan majlis ini memberi peluang berharga untuk saya berinteraksi dengan masyarakat. Ia juga satu titik pembelajaran bagi saya untuk selalu menyumbang balik kepada masyarakat.”


BH pernah menganjurkan majlis serupa sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) akhbar ini dan usaha mendekati masyarakat.


Pada 2023, lebih 70 tetamu, termasuk pemimpin masyarakat dan penjawat awam hadir, di majlis buka puasa anjuran BH di Wisma Geylang Serai (WGS).


Pada 2022, BH mengadakan majlis iftar bagi sekitar 50 pekerja migran di Tuas View Dormitory.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >