Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa bunuh, 5 merusuh selepas gaduh di Verdun Road

Sep 23, 2024 | 4:54 PM
Bahan bukti termasuk sepasang selipar yang ditinggalkan di Kim San Leng Eating House Makan Kim San Leng di Verdun Road, di kawasan Farrer Park, pada 22 September.
Bahan bukti termasuk sepasang selipar yang ditinggalkan di Kim San Leng Eating House Makan Kim San Leng di Verdun Road, di kawasan Farrer Park, pada 22 September. - Foto ST

Seorang lelaki berusia 22 tahun telah didakwa membunuh menyusuli pergaduhan yang tercetus pada awal pagi, 22 September yang meragut nyawa seorang lelaki berusia 25 tahun.

Muhammad Sajid Saleem dikenakan pertuduhan membunuh manakala lima yang lain didakwa merusuh dalam kejadian sama.

Dia dituduh menyebabkan kematian Encik Dhinessh Vasie antara 4 pagi dengan 4.08 pagi pada 22 September berhampiran Verdun Road, di kawasan Farrer Park.

Keenam-enam suspek didakwa selepas pergaduhan tercetus di sepanjang Verdun Road, berhampiran Kitchener Road, kira-kira 4 pagi pada 22 September.

Lima yang didakwa merusuh ialah, Satish Jason Prabahas, 23 tahun; Kirrthik Roshan Prem Ananth, 22 tahun; Pradave Shashi Kumar, 20 tahun; Nur Diyana Harun Al Rasheed, 24 tahun; dan Kasthuri Kallidas Marimuthu, 24 tahun.

Senjata turut digunakan semasa rusuhan itu dan tiga orang, Encik Dhinessh, Encik Naviinjaay C Nathan dan Encik K Vicknesh cedera akibatnya.

Pendakwa raya meminta kesemua enam orang direman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan serbuan dilakukan, merampas bahan bukti dan melawat tempat kejadian.

Encik Divanan Narkunan dari Phoenix Law yang mewakili Sajid, tidak dibenarkan berbual dengan anak guamnya sedang hakim bersetuju dengan pihak pendakwa raya bahawa Sajid akan kekal dalam tahanan sehingga tarikh sebutan selanjutnya pada 30 September.

Beliau meminta untuk bercakap dengan anak guamnya untuk memaklumkan haknya pada peringkat ini, kerana beliau “berhak di bawah Perlembagaan”.

Pendakwa raya membantah permintaan itu buat masa ini, berkata ia mungkin boleh dilakukan selepas reman seminggu.

Pembunuhan membawa hukuman mati, manakala merusuh dengan senjata membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan rotan. Wanita tidak boleh dirotan.

Keenam-enam mereka direman untuk siasatan lanjut dan akan kembali ke mahkamah minggu depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg