Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rusuhan dekat Orchard Towers: 5 lelaki dipenjara

Aug 8, 2024 | 5:37 PM
Pergaduhan, yang bermula daripada pertikaian lisan antara seorang yang didakwa anggota kongsi gelap dengan seorang lelaki lain, merebak ke dua jalan raya berhampiran Orchard Towers pada Ogos 2022.
Pergaduhan, yang bermula daripada pertikaian lisan antara seorang yang didakwa anggota kongsi gelap dengan seorang lelaki lain, merebak ke dua jalan raya berhampiran Orchard Towers pada Ogos 2022. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK

Pertikaian lisan antara seorang yang didakwa anggota kongsi gelap dengan seorang lelaki lain memuncak menjadi pergaduhan besar sehingga melimpah di dua jalan raya berhampiran pusat beli-belah Orchard Towers.

Menurut The Straits Times, sekumpulan anggota kongsi gelap kemudian menyerang lelaki itu dan seorang lagi mangsa.

Insiden itu berlaku sejurus selepas 5 pagi pada 14 Ogos 2022 dan dirakam dalam video yang kemudiannya tular.

Muhammad Fadzli Junaidi, 36 tahun, ketua kongsi gelap ketika itu, dan penolongnya, Abdul Hakim Jamil, 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara pada 7 Ogos lalu.

Tiga lagi lelaki yang terlibat sama turut dikenakan hukuman penjara pada 7 Ogos.

Mereka ialah Norazrul Mohd Noor, 25 tahun, Muhammad Ikqzuan Ramli, 27 tahun, dan Muhammad Yusri Ramlee, 28 tahun.

Fadzli dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda $15,000 selepas dia mengaku salah atas empat pertuduhan termasuk merusuh dan menjadi anggota kumpulan haram.

Yusri dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan dua minggu dan denda $800.

Dia mengaku salah atas empat pertuduhan, termasuk merusuh dan untuk kes berasingan, menunggang motosikal tanpa lesen.

Ikqzuan dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan dua minggu selepas dia mengaku salah setiap satu tuduhan merusuh dan menjadi anggota kumpulan haram.

Norazrul dan Abdul Hakim mengaku salah atas pertuduhan merusuh dan menganggotai kumpulan haram.

Mereka masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 bulan.

Kes membabitkan anggota kongsi gelap lain termasuk Muhammad Fikri Junaidi, 24 tahun, dan Muhammad Faiz Junaidi, 31 tahun, masih belum selesai.

Anggota kumpulan itu, termasuk lima lelaki yang disabitkan kesalahan pada 7 Ogos, berada di sebuah kelab Orchard Towers bernama Soi Happi pada 14 Ogos 2022, apabila sebahagian daripada mereka keluar untuk merokok.

Faiz dilihat bercakap dengan seorang lelaki dikenali sebagai Encik Mizra Abdul Azman.

Timbalan Pendakwa (DPP) Raya Chan Yi Cheng berkata Encik Mizra yang bertengkar dengan Faiz, kemudian memaki hamun dan kumpulan kongsi gelap terus bersemuka dengannya di luar Orchard Towers.

DPP berkata: “Pada 5.12 pagi, ketika Faiz menghampiri Mizra, dia menendang Faiz di kaki kiri. Anggota kumpulan itu kemudian meluru menyerang Mizra.

“Seorang lelaki dikenali sebagai Encik Abdul Figo Abdul Haleem, turut menyertai pergaduhan itu... Kumpulan itu, kini terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang, kemudian menyerang kedua-dua Mizra dan Figo.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg