Seorang lelaki telah didakwa di mahkamah selepas dia cuba merampas pistol perkhidmatan seorang anggota polis bantuan Certis yang bertugas di Hospital Besar Changi,
Menurut dokumen mahkamah, Goh Chuan Chong, pada 4 Ogos didakwa cuba mengambil pistol perkhidmatan yang disimpan dalam sarung yang dipasang pada tali pinggang seorang anggota polis bantuan Certis, Encik Abraham Lincoln.
Tertuduh berusia 40 tahun itu dituduh telah mengambil “langkah ketara” dalam melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Senjata, lapor akhbar The Straits Times.
Goh didakwa di Jabatan Pendaftaran Jenayah Mahkamah pada 6 Ogos kerana cuba memiliki senjata secara tidak sah.
Perbicaraan itu tidak dibuka kepada orang ramai.
Dia ditahan reman di Institut Kesihatan Mental untuk pemeriksaan perubatan dan dijadualkan kembali ke mahkamah pada 20 Ogos.
Pesalah kali pertama yang didapati bersalah memiliki senjata dengan cara yang menyalahi undang-undang akan dipenjara antara lima dengan 10 tahun dan dirotan sekurang-kurangnya enam sebatan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg