Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dijel 2 tahun kerana rantai, pukul anak hingga gegendang telinga berlubang

Jun 14, 2024 | 5:55 PM
Mahkamah mendengar bahawa lelaki itu memukul dan merantai anaknya dalam tandas kerana berbohong, tidak membuat kerja sekolah atau menghubungi bekas isterinya.
Mahkamah mendengar bahawa lelaki itu memukul dan merantai anaknya dalam tandas kerana berbohong, tidak membuat kerja sekolah atau menghubungi bekas isterinya. - Foto PIXABAY

Seorang bapa yang melarang anak lelakinya berusia 11 tahun daripada menghubungi bekas isterinya, berang apabila anaknya mengingkari suruhannya dan menampar pipi mangsa sehingga menyebabkan gegendang telinga kirinya berlubang.

Selepas itu, lelaki itu berulang kali memukul anaknya dengan paip getah pada bahagian lengan, belakang dan paha kiri, sehingga mangsa mengalami pelbagai lebam.

Pada masa lain, lelaki itu menghukum anaknya dengan melilit rantai besi sama ada pada buku lali atau pergelangan tangan anaknya, dan mengikat rantai itu pada palang besi dalam tandas dengan mangga.

Mahkamah mendengar bahawa anaknya, kini berusia 13 tahun, dirantai dari dua hingga lima jam kerana berbohong, tidak membuat kerja sekolah atau menghubungi bekas isterinya, lapor The Straits Times (ST).

Pada 14 Jun, pemandu kereta sewa itu, 53 tahun, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anaknya, dihukum penjara dua tahun selepas dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan menganiaya anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jocelyn Teo memberitahu mahkamah tertuduh diberi hak penjagaan anak lelakinya selepas perceraiannya.

Dia dan anak lelakinya tinggal di sebuah flat berhampiran Kallang Road.

Mahkamah diberitahu tertuduh merantai anaknya sebanyak tiga kali pada 2022.

Dia juga akan meletakkan satu liter air dan makanan di atas rak dalam tandas itu untuk anaknya.

Dia kemudian akan tidur di bilik tidurnya atau keluar rumah, dan meninggalkan anaknya sendirian.

Pada 30 November 2022, lelaki itu menampar muka anaknya sehingga mangsa mengalami kecederaan pada telinganya, selepas anaknya mengirim mesej kepada ibunya melalui WhatsApp.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg