Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dipercayai mati lemas dalam kolam panas kondo Tampines

Apr 9, 2024 | 3:02 PM
Salah sebuah kolam renang di kondominium  Treasure at Tampines. Lelaki itu difahamkan lemas dalam sebuah kolam spa onsen di kondominium itu.
Salah sebuah kolam renang di kondominium Treasure at Tampines. Lelaki itu difahamkan lemas dalam sebuah kolam spa onsen di kondominium itu. - Foto ST

Seorang lelaki berusia 73 tahun meninggal dunia pada 8 April selepas beliau dipercayai lemas di dalam sebuah kolam spa panas di sebuah kondominium di Tampines.

Tiada perbuatan khianat terlibat dalam kejadian di sebuah kondominium yang baru siap, Treasure at Tampines, berdasarkan siasatan awal polis.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, seorang jurucakap polis berkata mereka menerima panggilan sekitar 10.30 pagi mengenai satu kes yang dipercayai melibatkan mati lemas pada 8 April di 25 Tampines Lane. 

Mayat lelaki berkenaan ditemui di sebuah kolam renang di kawasan tersebut, katanya.

Seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata lelaki itu dibawa ke Hospital Besar Changi.

Jurucakap polis itu menambah bahawa lelaki tersebut berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika itu dan meninggal dunia kemudiannya di hospital.

Difahamkan bahawa kejadian itu berlaku di sebuah kolam spa onsen.

Onsen adalah perkataan Jepun bagi mata air panas dan sering kolam jenis itu di Singapura mengandungi air yang dihangatkan.

Berita mengenai insiden itu dikongsi di beberapa kumpulan Telegram pada 8 April.

Menurut seorang pengguna di Telegram, kolam itu – dikatakan mempunyai kedalaman 0.9 meter – ditutup selepas kejadian tersebut dan air dalam kolam itu disalur keluar.

Treasure at Tampines siap dibina pada 2023 dan mempunyai 2,203 unit rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg