Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lelaki ditahan disyaki pandu bas dalam keadaan mabuk di Bedok

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki ditahan disyaki pandu bas dalam keadaan mabuk di Bedok

Mar 26, 2024 | 07:14 PM



Seorang pemandu bas privet ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk dalam satu kejadian di Bedok pada 26 Mac.

Dia telah keluar dari kenderaan itu, yang kemudian bergerak sehingga ia merempuh pembahagi jalan dan melanggar sebatang pokok.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian di Bedok North Avenue 2 itu pada 9.30 pagi.

Pemandu itu, seorang lelaki warga Singapura berusia 33 tahun, ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk, tambah polis.

Menurut akhbar Shin Min, pemandu itu memberhentikan bas di tempat perhentian pusat masyarakat Heartbeat@Bedok dan keluar dari kenderaannya.


Seorang saksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Han, memberitahu Shin Min bahawa beliau ternampak bas itu berhenti dengan pintu terbuka dan tiada sesiapa di dalam.


Lelaki berusia 50 tahun itu berkata beliau kemudian melihat bas itu mula bergerak ke hadapan dan merempuh pembahagi jalan di Bedok North Street 1.

Bas itu terus bergerak ke jalan raya bersebelahan sehingga melanggar pagar dan sebatang pokok, sebelum akhirnya berhenti di laluan pejalan kaki.

Perlanggaran itu menyebabkan pokok itu tumbang.

Encik Han menambah bahawa setelah bas itu berhenti, beliau melihat pemandu itu berlari ke arah bas tersebut dan menaikinya.

Bas itu kemudiannya dipandu menentang arus lalu lintas sejauh kira-kira 100 meter sebelum membelok ke kanan di persimpangan lalu lintas ke jalan raya yang betul.

Shin Min melaporkan bahawa bas itu dipandu kembali ke tempat kejadian dengan dikawal oleh Polis Trafik pada 10.40 pagi.


Pemandu itu kemudian disoal siasat di dalam bas sebelum dia digari dan dibawa ke dalam kereta polis.

Singapore Coach Services, yang memiliki bas itu, memberitahu The Straits Times ia sedang membantu polis dalam siasatan.


Ia berkata bahawa pemandu itu telah diambil untuk bekerja beberapa hari sebelum kejadian.


Siasatan polis sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >